Friday, May 10, 2019

Kit Siang: ‘Saya bersara politik jika jawatan PM tak serah pada Anwar’

Oleh Yiswaree Palansamy
Lim Kit Siang sedia bersara dari politik jika Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 — Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LUMPUR, 10 MeiLim Kit Siang sedia bersara dari politik jika Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab kenyataan pemangku presiden Umno, wakil rakyat Iskandar Puteri itu juga enggan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika Dr Mahathir berbuat demikian.

Tokoh DAP itu mencabar Datuk Seri Mohamad Hassan, yang mendakwa Dr Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan kepada presiden PKR, menyahut cabaran melakukan perkara sama sepertinya.

“Saya cukup yakin dengan (Dr) Mahathir dan saya bersedia bertaruh dengan Mohamad bahawa Mahathir akan menepati komitmen Pakatan Harapan untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar,” kata Lim hari ini.

“Jika Mahathir tidak menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sebaliknya membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum ke-15, saya akan bersara dari politik dan tidak akan menyertainya.”

Baca seterusnya di Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-