Saturday, May 11, 2019

Kit Siang usah sibuk: Bersatu

admin 
11/05/2019
Pemimpin veteran DAP pertikai tempoh Dr Mahathir jadi PM


KOTA BHARU, 6 Ramadan 1440H, Sabtu Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang diminta supaya tidak mempertikaikan tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau berkata, Lim sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan seolah-olah Dr Mahathir tidak mahu berundur daripada menjawat jawatan berkenaan.

“Kita dapat lihat Dr Mahathir masih mampu dan mempunyai wawasan tersendiri untuk membaik pulih semula negara, jadi tak usah pemimpin lain masuk campur mengeluarkan kenyataan seolah-oleh beliau tidak mahu berundur dari jawatannya.

“Dr Mahathir pun sudah banyak kali bagi tahu sampai masa dia akan berundur dan saya percaya dia akan berundur apabila tiba masanya, tapi buat masa ini selagi dia mampu dan selagi rakyat mahu dia akan terus jadi perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 311 penerima di Majlis Penyampaian Zakat Biro Ekonomi Bersatu Kota Bharu Bersama Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) di sini, hari ini.

Abdul Rashid mengulas mengenai kenyataan Lim bahawa beliau bersedia untuk berundur dan bersara daripada arena politik dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Dr Mahathir tidak menunaikan janji melepaskan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut melahirkan keyakinan Anwar mampu meneruskan legasi kepimpinan Dr Mahathir selepas menerima jawatan itu kelak.

Abdul Rashid turut menasihatkan pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak dalam pakatan itu. 

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-