Wednesday, May 8, 2019

Umno dalam bahaya jika DAP dapat pujuk Melayu - Azwan Bro


Umno dalam bahaya sekiranya tidak mereformasikan parti itu menjelang tahun hadapan, kata Anggota Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun.

Bekas naib ketua pemuda Umno itu memberikan amarannya berkata ini kerana partinya mungkin akan tertinggal dalam keadaan PH dan DAP yang semakin baik.

"Jangkaan saya menjelang tahun hadapan, PH mungkin akan semakin baik.

"DAP dengan segala (tindak-tanduk) kurang cerdiknya akan dapat belajar bagaimana untuk memujuk pengundi Melayu.

"Dan apabila keadaan itu berlaku, Umno dalam keadaan bahaya. Pada ketika itu semuanya telah terlambat buat kami," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Menurut Azwan yang juga kini pengarah Pusat Kajian Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) sejak kekalahan pada 9 Mei lalu, Umno masih tidak banyak berubah.

Katanya, Umno lebih sebagai pembangkang berbanding PH (dahulu) tetapi komponen BN itu terlalu bergantung kepada kegagalan PH sebagai kerajaan berbanding menjenamakan semula parti sebagai pilihan yang boleh diyakininya orang ramai tanpa mengambil kira pencapaian Putrajaya.

Seterusnya, Azwan berkata meski pun kerja sama Umno dan PAS itu baik tetapi ia tidak mencukupi untuk merebut kembali kerajaan persekutuan.

"Secara asasnya, Umno perlu terus distruktur semula, menghapuskan politik wang, kesetiaan membuta-tuli dan pandangan-pandangan pelampau.

"Banyak yang perlu dilakukan untuk menangani hal ini. Masih terdapat empat tahun lagi. Banyak yang boleh terjadi," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-