Wednesday, June 26, 2019

Kerjasama Pas-Umno rapuh umpama ‘chipsmore’

MOHD ALI HASHIM

Pemimpim Pas dan Umno-BN ketika hadir pada Muktamar Pas ke-65 di Kuantan pada Jumaa lepas.
-Foto AStroawani.

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas akan membentuk kerjasama dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 adalah suatu kerjasama yang rapuh umpama ‘chipsmore’ yang bersifat kejap ada kejap lagi tiada., kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil.

Beliau , sekiranya tahaluf Pas-Umno kukuh, sudah pasti kedua-dua parti tersebut yang mentadbir empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang sudah mampu dirombak komposisi exco bagi membolehkan ianya diwakili oleh kedua-dua parti.
Muhammad Faiz Fadzil
Namun begitu jelasnya, ia bukannya satu gabungan yang kukuh seandainya tiada rombakan exco dapat dilaksanakan.

“Seandainya kedua-dua parti tidak mempunyai ‘political will’ bagi membentuk kerajaan gabungan kini, ia bukanlah gabungan kukuh yang perlu diberi sokongan oleh rakyat.

“Kerjasama ini juga memperlihatkan kerapuhannya apabila ia hanya melibatkan gabungan dua parti Melayu yang tidak mewakili kaum lain dalam negara ini, sedangkan politik negara ini perlu berlatarbelakangkan kemajmukan masyarakat.

“Oleh kerana itu, gabungan politik ini lebih bersifat perkauman dengan kedua-dua parti sejak kebelakangan ini sering memainkan isu sentimen Melayu meskipun pembangunan negara perlu diasaskan oleh tadbir urus yang baik serta keadilan sosial dan ekonomi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, negara yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk memerlukan apa sahaja dasar pentadbiran dan model ekonomi yang dirangka hendaklah atas premis keadilan kepada semua kaum.

Tambahnya, setiap rakyat berhak untuk diberikan peluang pendidikan, pekerjaan, perumahan dan kualiti hidup yang adil tanpa mengambil kira latar belakang kaum dan agama.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak boleh menyokong gabungan politik yang membawa agenda perkauman mengatasi agenda perubahan.

“Sentimen perkauman yang sedang dicanang oleh Pas-Umno akan membangkitkan kebencian kaum yang lebih parah serta boleh mengancam keharmonian kaum dan kemakmuran negara yang sedang dibina oleh kerajaan PH kini.

“Piagam kerjasama Pas-Umno yang bakal dibentuk tidak lama lagi tidak berpremiskan kepada agenda ekonomi dan rakyat, sebaliknya agenda perkauman dan kebencian yang tidak memberikam manfaat kepada negara terutamanya masa depan generasi muda.

“Justeru itu, ahli dan penyokong Pas serta Umno perlu membuka mata sebesar-besarnya bagi menilai keikhlasan dan keutuhan gabungan politik tersebut, ” saran beliau,

Maka itu kata Faiz, kegagagalan Pas untuk menentang kebatilan dan penyelewengan Umno yang dahulu banyak menzalimi dan mendiskriminasi Pas tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

“Ahli Umno pula tidak harus lupa fahaman mengkafirkan Umno sebelum ini.

“Gabungan politik ini yang mana telah pun diuji sebelum ini dengan isu RUU 355 ternyata tidak berjaya dilluluskan di Parlimen memperlihatkan gabungan ini hanya mementingkan diri sendiri seperti ular sawa yang akan membelit mangsanya apabila mendapat peluang.

“Ia bukannya satu agenda politik yang sihat untuk pembangunan negara dan kemakmuran rakyat,” ujarnya lagi.

Faiz juga menyatakan bahawa ahli Pas dan Umno berhak untuk memilih samada menyertai mana-mana parti gabungan dalam PH setelah terbukti bahawa ia lebih kukuh dan inklusif serta mempunyai agenda politik yang lebih jelas untuk membawa perubahan dan islah dalam negara.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerjasama-pas-umno-rapuh-umpama-chipsmore/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-