Monday, July 15, 2019

Gabungan Pas-Umno bukan bela rakyat hanya jatuhkan PH, kata Mujahid

MOHD ALI HASHIM
July 15, 2019 11:00 am
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad.

Parti Amanah Negara (AMANAH) meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sekiranya matlamat gabungan Pas dan Umno hanya untuk menjatuhkan PH, ia tidak akan mendatangkan manfaat yang besar kepada rakyat yang mengharapkan nasib mereka terus diberi pembelaan.

“Alhamdulillah kerana Pas kini sudah faham erti gabungan sehingga mereka sanggup untuk bergabung dengan Umno.

“Namun begitu kita ingin bertanya kepada mereka, dimana silapnya gabungan yang ada pada PH.

“Sedangkan gabungan dalam PH yang dianggotai oleh AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP amat jauh bezanya dengan gabungan Pas dan Umno kerana PH sejak awal lagi sememangnya bertujuan untuk menentang rasuah, korupsi dan penyelewengan kerajaan BN,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung AMANAH Kawasan Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pada Ahad.

Menurut Mujahid lagi, gabungan PH mempunyai satu asas gabungan yang jelas untuk perangi rasuah, pilihan raya umum (PRU) yang adil dan bersih, memastikan perpaduan negara berjalan baik antara semua kaum, membina semula negara untuk kejayaan semua pihak serta meletakkan Malaysia pada mercu kejayaan di mata dunia.

“PH berjaya membawa negara kearah kedudukan ekonomi yang lebih baik tanpa rasuah dan dihormati di mata dunia.

“BN pula gagal membawa aspirasi tersebut dan tidak mampu untuk melaksanakannya sehinggalah PH mengajak rakyat untuk membina cita-cita dalam kesefahaman yang ada.

“Cita-cita ini telah terbukti dalam tahun 2008 apabila berjaya menafikan dua pertiga sokongan yang diperolehi BN termasuk pada PRU 2013 sehinggalah kematangan rakyat telah memberi mandat yang besar kepada gabungan PH untuk menubuhkan kerajaan pada PRU 2018 yang lalu,” tegasnya.

Tambah beliau, gabungan Pas dan Umno hanyalah berasaskan kepada perkauman sempit dan tunggangan agama serta tidak bertunjangkan untuk ekonomi, kesejahteraan dan pembelaan nasib rakyat.

Sehubungan itu katanya adalah amat merbahaya sekiranya orang agama digunakan untuk menimbulkan kebencian dan fitnah sehingga memberi kesan yang amat buruk kepada kehidupan rakyat dalam negara ini.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/gabungan-pas-umno-bukan-bela-rakyat-hanya-jatuhkan-ph-kata-mujahid/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-