Showing posts with label Mujahid Yusof. Show all posts
Showing posts with label Mujahid Yusof. Show all posts

Thursday, June 22, 2023

Bantahan ditolak, saman Mujahid ke atas PAS diteruskan

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jun 22, 2023 11:38 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak notis permohonan difailkan PAS bagi membatalkan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof.

Justeru dengan penolakan tersebut, kata peguam Noorazmir Zakaria, saman Mujahid akan diteruskan dengan perbicaraan penuh.

Peguam yang mewakili Mujahid itu berkata perbicaraan tersebut dijadual berlangsung pada 2025.

Katanya hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga semalam memerintahkan agar PAS membayar kos RM3,000 kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

“Pada sesi pendengaran kes, pihak defendan menghujahkan bahawa plaintif salah kerana menyaman PAS.

"Kata mereka, plaintif sepatutnya menyaman penulis artikel tersebut bukannya parti.

“Selain itu peguam mereka juga menghujahkan PAS sebagai parti politik tidam boleh disaman dalam kes fitnah.

“Bagaimanapun kami mengemukakan hujahan sebaliknya,” kata Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

PAS diwakili peguam bela Mohd Faizo Che Abu.

Pada 15 Dis tahun lalu Mujahid memfailkan saman fitnah terhadap PAS berikutan satu artikel yang diterbitkan di Facebook Parti Islam Se-Malaysia PAS (Pusat) bertajuk Mantan Menteri Agama PH sokong Eljibiti?.

Artikel tersebut bertarikh 16 Okt 2022.

Mujahid yang juga bekas ahli Parlimen Parit Buntar menerusi pernyataan tuntutannya mendakwa artikel tersebut adalah bersifat fitnah dan mengaibkannya.

Dia itu turut mendakwa PAS dengan melampau menggunakan atau mengaitkan isu LGBT ini dengan dirinya.

Saturday, December 3, 2022

Anwar terpaksa terima hakikat Zahid ketua blok terbesar sokong PH - Mujahid

bharian.com.my
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my
 - Disember 3, 2022 @ 5:14pm
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. - NSTP/L MANIMARAN

IPOH: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mujahid Yusof melihat pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota Kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah membabitkan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau berkata, secara asasnya, tiada apa-apa kaitan prasyarat kes mahkamah dan kedudukan Ahmad Zahid dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana kes akan tetap berjalan.

"Apa sahaja keputusan mahkamah adalah bebas dan tidak akan terikat dengan perlantikan beliau dalam Kabinet. Segala pematuhan undang-undang terpakai kepada Ahmad Zahid sebagai implikasi apa yang akan berlaku ke atas dirinya di mahkamah nanti," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, hakikatnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima kenyataan bahawa Ahmad Zahid masih mengemudi BN yang menyumbang 30 kerusi Parlimen bagi menyokong kerajaan perpaduan sebagai blok kedua terbesar selepas PH.

Mengenai portfolio Menteri Kewangan dipegang Anwar, Mujahid berkata, imej pro rakyat dan bersih daripada rasuah bakal ditentukan oleh Anwar sendiri walaupun secara dasar Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang dua portfolio yang boleh dilihat mempunyai konflik kepentingan.

Katanya, keperluan segera imej integriti pentadbiran dapat dipacu oleh Anwar sendiri dalam kedudukannya sebagai Menteri Kewangan.

"Isu pemberian kontrak dan proses pemberian yang telus serta dasar penjimatan ditentukan oleh Anwar sendiri. Siapa lebih layak meletakkan tapak perubahan struktural kewangan negara selain Anwar sendiri yang melaungkannya sejak era reformasi lagi?

"Saya yakin di atas keperluan ini, Anwar mengambil alih tugas Menteri Kewangan walaupun sepatutnya Perdana Menteri tidak memegang dua portfolio yang boleh dilihat ada konflik kepentingan," katanya.

Katanya, imej elitis pro bangsawan yang dibawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu menjadi Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu juga bercanggah dengan imej pro rakyat Kabinet diterajui Anwar.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kali ini Tengku Zafrul diberi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dijangka tugasnya akan membawa pelaburan luar ke dalam negara.

"Mungkinkah imej elitis pro perniagaan oleh Tengku Zafrul akan membantu? Kita akan tunggu dan lihat," kata Mujahid.

Sunday, March 15, 2020

Tiada alasan wajarkan PH digulingkan, kata Mujahid

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON
March 15, 2020 8:29 pm

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, membangkitkan persoalan apakah alasan sebenar yang menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggulingkan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sampai dua tahun mentadbir negara.

Kata beliau, adakah PH terbabit dengan salah laku rasuah sehingga adanya individu yang sanggup membentuk kerajaan pintu belakang yang dianggap tidak bermoral.

Menurutnya, tidak boleh diterima bagaimana sebuah kerajaan yang memerangi rasuah akhirnya ditumbangkan oleh individu yang tidak diketahui tujuannya.

“Dengan berlakunya rampasan kuasa, saya jadi tertanya-tanya. Kami digulingkan kerana apa? Adakah kerana kita rasuah? Sedangkan saya faham, rakyat bagi undi pada kami sebab nak lawan rasuah.

“Jadi kami hadir untuk melawan rasuah dengan meletakkan dasar kerajaan yang telus, ‘transparent’ dan bertanggungjawab. Malah, kita lancarkan Pelan Antirasuah Nasional.

“Mana ada sebuah negara yang meletakkan dasar memerangi rasuah, akhirnya ditumbangkan oleh pengkhianat yang menolak mandat rakyat,” katanya dalam satu siaran langsung Facebook Pertahankan Mandat Rakyat, di Parit Buntar semalam.

Katanya, kerajaan yang terbentuk sekarang juga tidak mempunyai manifesto kepada rakyat melainkan bertujuan semata-mata mahu menjatuhkan PH.

“Apabila sebuah kerajaan terbentuk bukan kerana mandat, mereka tak bawa apa-apa manifesto dan visi melainkan dihimpunkan atas kepentingan peribadi dan ambil kesempatan dengan alasan PH dikuasi DAP.

“Maka, dengan satu rumusan mudah, mereka ambil langkah khianat sehingga menjejaskan mandat rakyat,” tegas Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dalam pada itu, Mujahid yang juga bekas Menteri Agama itu berkata, keputusan awal PH yang melakukan pengisytiharan harta merupakan salah satu tindakan utama bagi membanteras rasuah dalam kalangan pemimpin.

Beliau turut mengingatkan tentang dua parti terbesar dalam negara yang bersepakat menolak untuk mengisytiharkan harta mereka.

“Urustadbir kita ini ada masalah ke sampai orang jahat tolak jatuhkan kami? Lihat sahaja masa awal-awal kita naik, semua isytihar harta. Tak pernah ada dalam sejarah.

“Yang tolak (isytihar) siapa? Pas dan Umno juga,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia berjaya memperbaiki reputasinya dalam Indeks Persepsi Rasuah yang mencatat negara berada di kedudukan ke-51 pada tahun 2019 berbanding tangga ke-61 pada tahun 2018.

Indeks tersebut meningkat secara mendadak terutama selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan dengan jumlah skor iaitu 53 berbanding hanya 47 pada tahun 2018.

Skor dibaca dari 0 (rasuah terburuk) sehingga ke 100 (negara paling bersih).

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tiada-alasan-wajarkan-ph-digulingkan-kata-mujahid/

Monday, July 15, 2019

Gabungan Pas-Umno bukan bela rakyat hanya jatuhkan PH, kata Mujahid

MOHD ALI HASHIM
July 15, 2019 11:00 am
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad.

Parti Amanah Negara (AMANAH) meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sekiranya matlamat gabungan Pas dan Umno hanya untuk menjatuhkan PH, ia tidak akan mendatangkan manfaat yang besar kepada rakyat yang mengharapkan nasib mereka terus diberi pembelaan.

“Alhamdulillah kerana Pas kini sudah faham erti gabungan sehingga mereka sanggup untuk bergabung dengan Umno.

“Namun begitu kita ingin bertanya kepada mereka, dimana silapnya gabungan yang ada pada PH.

“Sedangkan gabungan dalam PH yang dianggotai oleh AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP amat jauh bezanya dengan gabungan Pas dan Umno kerana PH sejak awal lagi sememangnya bertujuan untuk menentang rasuah, korupsi dan penyelewengan kerajaan BN,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung AMANAH Kawasan Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pada Ahad.

Menurut Mujahid lagi, gabungan PH mempunyai satu asas gabungan yang jelas untuk perangi rasuah, pilihan raya umum (PRU) yang adil dan bersih, memastikan perpaduan negara berjalan baik antara semua kaum, membina semula negara untuk kejayaan semua pihak serta meletakkan Malaysia pada mercu kejayaan di mata dunia.

“PH berjaya membawa negara kearah kedudukan ekonomi yang lebih baik tanpa rasuah dan dihormati di mata dunia.

“BN pula gagal membawa aspirasi tersebut dan tidak mampu untuk melaksanakannya sehinggalah PH mengajak rakyat untuk membina cita-cita dalam kesefahaman yang ada.

“Cita-cita ini telah terbukti dalam tahun 2008 apabila berjaya menafikan dua pertiga sokongan yang diperolehi BN termasuk pada PRU 2013 sehinggalah kematangan rakyat telah memberi mandat yang besar kepada gabungan PH untuk menubuhkan kerajaan pada PRU 2018 yang lalu,” tegasnya.

Tambah beliau, gabungan Pas dan Umno hanyalah berasaskan kepada perkauman sempit dan tunggangan agama serta tidak bertunjangkan untuk ekonomi, kesejahteraan dan pembelaan nasib rakyat.

Sehubungan itu katanya adalah amat merbahaya sekiranya orang agama digunakan untuk menimbulkan kebencian dan fitnah sehingga memberi kesan yang amat buruk kepada kehidupan rakyat dalam negara ini.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/gabungan-pas-umno-bukan-bela-rakyat-hanya-jatuhkan-ph-kata-mujahid/

Sunday, April 28, 2019

Hanya orang buta tak nampak kemungkaran DAP, kata ulama PAS

News | Diterbitkan Hari ini 3:58 petang


Seorang pemimpin kanan PAS hari ini mendakwa, hanya orang "buta" saja yang tidak dapat melihat "kemungkaran" dilakukan salah sebuah parti kerajaan, DAP.

Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik juga mendakwa menyekat penguasaan DAP ke atas politik umat Islam adalah wajib.

"Kerana itu bermakna menyekat dan menghalang kemungkaran dan pendurhakaan terhadap Allah SWT," katanya dalam satu hantaran di media sosial petang ini.

Terdahulu Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS mengulas mengenai desakan dibuat pemimpin DAP meminta Naib Presiden Umno Ismai Sabri Yaakob menarik balik perkataan jihad dalam ucapannya terhadap PH.

Kata Mokhtar pemimpin DAP terbabit tidak perlu mendesak Ismail Sabri kerana mereka tidak memahami makna halal dan haram.

Jika mahu tahu katanya DAP boleh belajar daripada pemimpin Muslim dalam PH.

"Kalau tiada siapa yang boleh jawab, kamu tanya sahaja menteri agama," katanya sinis dengan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.

Untuk rekod Mujahid ialah salah seorang bekas pemimpin kanan PAS yang disingkirkan kumpulan konservatif dalam parti itu pada 2015.

Katanya menolak agenda PH yang didakwanya bercanggah dengan Islam menepati kehendak maksud jihad dalam Islam.

"Jika ada yang berkata apa kemungkaran telah DAP lakukan?

"Maka saya menjawab, hanya orang yang buta matanya dan mata hatinya yang tidak nampak apa yang DAP lakukan yang telah mengancam Islam," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-