Thursday, July 25, 2019

Selamat Datang Azmin - GERAKAN

MyMetro
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


GERAKAN mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebut-sebut akan menyertai parti itu.

Setiausaha Agung GERAKAN Mak Kah Keong berkata, pihaknya mengalu-alukan hasrat Timbalan Presiden PKR itu sekiranya mahu menyertai parti itu.

“Tapi saya tak boleh komen lanjut, mungkin ada perbincangan antara Presiden GERAKAN (Datuk Dominic Lau) dengan Datuk Seri Mohamed Azmin. Itu awak kena tanya Presiden saya,” katanya kepada Harian Metro di, Kuala Lumpur, hari ini.

Khabar angin tersebar hari ini bahawa Mohamed Azmin akan menyertai GERAKAN.

Konfrontasi antara pemimpin nombor dua PKR itu dengan ‘bosnya’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi rahsia berikutan kes video intim seks sejenis membabitkan bekas Ketua AMK Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pada Jun 2018, GERAKAN mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

Keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti (CGC) selepas tewas semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sementara itu Naib Presiden GERAKAN Datuk G Parameswaran berkata, ahli-ahli parti itu pasti gembira dengan berita gembira berkenaan apabila ia menjadi kenyataan kelak.

“Anda bayangkan Gerakan akan bangkit semula dengan kemasukan Azmin nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 10:46 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-