Pengumuman kadar agihan pendapatan ASB yang terendah dalam sejarah sebanyak 5.5 peratus, didakwa berpunca daripada sikap ‘flip flop’ kerajaan yang sering melakukan u-turn terhadap dasar yang ditentukan.
Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, berkata, dengan peratusan rendah tersebut, maka kenyataan dibuat pemimpin kerajaan khususnya Menteri Kewangan mengenai petunjuk positif ekonomi negara hanyalah ‘cakap kosong’.
Sebaliknya beliau berkata, penurunan kadar agihan tersebut memberi gambaran situasi ekonomi negara yang makin memburuk berbanding tahun sebelumnya.
“Sedarkah kerajaan bahawa keputusan ‘flip-flop’, sering melakukan u-turn terhadap dasar yang telah ditentukan menjadi penyumbang utama penurunan agihan tersebut.
“Apabila kerajaan flip-flop, mudah sangat buat u-turn, pelabur pun tidak yakin. Apabila pelabur khususnya dari luar negara tidak yakin, sudah tentunya menjejaskan pelaburan dalam negara.
“Ketidaktentuan ini memberi kesan kepada keseluruhan ekonomi negara dan menjejaskan Bursa Malaysia.
“Dengan PNB banyak melabur dalam syarikat-syarikat senaraian, sudah tentunya kemerosotan itu memberi kesan kepada PNB serta produk-produk pelaburan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Exco Pemuda Umno Malaysia itu juga, turut mengkritik kerajaan yang dikatakannya bakal memberi kesan dan merugikan mereka yang membuat pinjaman ASB, rentetan prestasi PNB yang kurang memberangsangkan.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/asb-terendah-pemuda-umno-dakwa-kerajaan-flip-flop/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.