Showing posts with label PNB. Show all posts
Showing posts with label PNB. Show all posts

Thursday, December 24, 2020

“Kenapa masih simpan Zetti Aziz sebagai pengerusi PNB?”, tanya MT Umno

themalaysialife.com
December 24, 2020 9:14 am


Ahli MT Umno, Dr Puad Zarkashi harini menemplak kerajaan PN kerana masih menyimpan Pengerusi PNB, Tan Sri Zetti walaupun dividen ASB yang diumumkan semalam adalah yang terendah dalam sejarah. Berikut merupakan tulisanya di laman facebook

DIVIDEN ASB 2020 TERENDAH

Terendah lagi. Paling rendah dalam sejarah bagi tiga tahun berturut turut.
2017: 8.25%
2018: 7.00%
2019: 5.50%
2020: 4.25% (+0.75% bagi 30,000 unit pertama)

Kenapa ini berlaku. Tidak mungkin kerana Covid-19. Kerajaan PN sepatutnya buat lebih baik daripada Kerajaan PH.

TS Dr Zetti adalah Pengerusi PNB. Dua tahun di situ, apa dia buat. Kenapa orang macam ini Kerajaan PN masih simpan.

Hairan juga Kerajaan PN masih simpan kuncu kuncu lantikan Tun Mahathir. Elok suruh berhenti.

Wednesday, December 23, 2020

ASNB umum agihan pendapatan terendah dalam sejarah, 5.00 sen seunit

Nora Mahpar
-December 23, 2020 10:59 AM


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengagihan bonus 0.75 sen seunit dibayar untuk 30,000 unit pertama kepada pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Zeti Aziz secara maya di ibu negara, hari ini.

Agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran pengagihan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit amanah.

Pendapatan itu dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah dana tetap berkenaan.
Zeti berkata, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran getir ekonomi global ekoran pandemik COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, PNB kekal fokus terhadap strategi jangka panjang, yang memberi jaminan pulangan mampan.

“Kepelbagaian inisiatif yang dilaksanakan berjaya menghasilkan pulangan positif, sekali gus membantu melonjakkan PNB untuk terus mengukuhkan cabang pelaburan yang berdaya saing,” katanya.

Saturday, December 21, 2019

ASB terendah, Pemuda Umno dakwa kerajaan ‘flip flop’

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON


Pengumuman kadar agihan pendapatan ASB yang terendah dalam sejarah sebanyak 5.5 peratus, didakwa berpunca daripada sikap ‘flip flop’ kerajaan yang sering melakukan u-turn terhadap dasar yang ditentukan.

Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, berkata, dengan peratusan rendah tersebut, maka kenyataan dibuat pemimpin kerajaan khususnya Menteri Kewangan mengenai petunjuk positif ekonomi negara hanyalah ‘cakap kosong’.

Sebaliknya beliau berkata, penurunan kadar agihan tersebut memberi gambaran situasi ekonomi negara yang makin memburuk berbanding tahun sebelumnya.

“Sedarkah kerajaan bahawa keputusan ‘flip-flop’, sering melakukan u-turn terhadap dasar yang telah ditentukan menjadi penyumbang utama penurunan agihan tersebut.

“Apabila kerajaan flip-flop, mudah sangat buat u-turn, pelabur pun tidak yakin. Apabila pelabur khususnya dari luar negara tidak yakin, sudah tentunya menjejaskan pelaburan dalam negara.

“Ketidaktentuan ini memberi kesan kepada keseluruhan ekonomi negara dan menjejaskan Bursa Malaysia.

“Dengan PNB banyak melabur dalam syarikat-syarikat senaraian, sudah tentunya kemerosotan itu memberi kesan kepada PNB serta produk-produk pelaburan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Exco Pemuda Umno Malaysia itu juga, turut mengkritik kerajaan yang dikatakannya bakal memberi kesan dan merugikan mereka yang membuat pinjaman ASB, rentetan prestasi PNB yang kurang memberangsangkan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/asb-terendah-pemuda-umno-dakwa-kerajaan-flip-flop/

Monday, January 9, 2017

Malaysia masih boleh jadi negara China, sindir Zam

Malaysia masih boleh menjadi negara China tanpa rakyat republik itu membawa balik tanah negara ini ke tanah besarnya, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin.

Sindirnya yang juga adalah bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, sudah tiba masanya untuk dihapuskan Tanah Simpanan Melayu kerana tanah berkenaan tidak akan boleh dibawa balik ke republik China.

"Maka itu, sudahlah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme (Datuk Seri) Najib (Razak) & (Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abdul Aziz), kita hapuskan Tanah Simpanan Melayu.
"Ini kerana tanah-tanah itu, menurut peguam Umno yang tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke negara China," katanya yang juga dikenali dengan panggilan Zam dalam blognya.

Semalam, Mohamed Nazri menyifatkan Mahathir sebagai 'gila' apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.

"Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.

"Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah," soal Nazri.

Mengulas lanjut, Zam berkata, beliau ingin mempersoalkan siapa yang sebenarnya gila.

"Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku (Abdul Rahman) dan Tun Abdul Razak, barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya diatas kertas," tambah beliau.

Pada masa yang sama, Zam turut mengimbau sejarah negara yang menyaksikan kerajaan Umno dahulu yang mempertahankan pemilikan tanah dan hartanah untuk orang Melayu.
"Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar-bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

"Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang-wenang kepada orang asing dan bagi mengekalkan pemilikan dan penempatan Melayu.

Selain itu, katanya, Abdul Razak melaksanakan inisiatif penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) bagi membantu orang Melayu menyaingi orang China dengan menyediakan kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu di kawasan bandar.

"Tun Mahathir juga menerusi PNB berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang dimiliki oleh British (Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exchange pada 7 September 1981," katanya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-