Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

Tuesday, September 21, 2021

Najib ajar k’jaan cara bantu rakyat buat duit

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 21, 2021 12:37 PM

Bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan program kepada bank untuk membiayai pelaburan saham oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan rakyat membina kekayaan jangka panjang.

Ini, katanya bagi mengambil kesempatan ke atas pasaran saham Malaysia yang kini berada di bawah nilai (undervalued) berbanding negara-negara lain, memandangkan ekonomi negara mula dibuka semula manakala harga komoditi keluaran Malaysia serta eksport barangan pembuatan negara masih kukuh.

Kata Najib, pasaran saham Malaysia pernah menjadi kedua paling corot dalam dunia pada tahun ini, dan meskipun mencatatkan sedikit peningkatan selepas kerajaan bertukar bulan lepas, ia masih di kedudukan keenam paling corot di dunia kini.

Katanya, pada ketika ini, harga saham berada pada paras rendah, yang bermakna ada banyak syarikat membayar dividen yang lebih tinggi berbanding caj perkhidmatan sebenar bank.
“Kadar cuma 1.9 peratus setahun bagi simpanan tetap (FD) tiga tahun ketika ini manakala banyak saham-saham "bluechip" (saham kukuh) seperti Tenaga (4.1 peratus), Maybank (5.6 peratus) dan Top Glove (5.7 peratus) diramal membayar dividen yang lebih tinggi.

“Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan boleh memperkenalkan program kepada bank-bank Malaysia agar membiayai 70 peratus daripada pembelian saham dengan kadar caj perkhidmatan sebenar sebanyak 3 peratus bagi setiap rakyat yang ingin membuat pelaburan dalam senarai saham yang telah disyorkan penganalisis kewangan dan dibenarkan.

“Ini samalah seperti skim pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

“Rakyat mampu membina kekayaan secara jangka masa panjang apabila harga saham naik. Jika tidak naik pun, kadar dividen masih boleh membiayai kos faedah,” katanya di Facebook.

Kata Najib, sekarang merupakan peluang bagi membolehkan seluruh rakyat turut terlibat bersama-sama dalam pemulihan ekonomi negara menerusi pembelian saham, lebih-lebih lagi pasaran saham melambangkan keyakinan dan kecergasan ekonomi.

“Memandangkan pasaran saham melambangkan keyakinan dan kecergasan ekonomi, kerajaan perlu melaksanakan langkah yang mampu menambah keyakinan pelabur untuk menjadikan pasaran saham Malaysia lebih dinamik, lebih menarik dan lebih merangsang perhatian pelabur,” tambahnya.

Antara langkah yang dicadangkan Najib, ialah untuk kerajaan sekali lagi menggantung ‘jualan singkat yang dipantau’ (regulated short selling) serta ‘pinjaman sekuriti’ (script borrowing and lending) untuk sekurang-kurangnya enam bulan, seperti dilaksanakan tahun lalu.

Ia katanya bagi menstabilkan pasaran saham dan melindungi pelabur runcit.

Najib turut mencadangkan agar proses mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dalam semua urusan syarikat tersenarai dipercepat dan dipermudah.
“Saya mendapat maklumat bahawa tempoh kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada masa ini memakan masa terlalu lama dan ini menjadi penghalang bagi syarikat-syarikat tersenarai tempatan untuk bergerak dengan lebih laju bagi aktiviti-aktiviti perkembangan perniagaan mereka.
“ Jadi, proses ini perlulah disegerakan dan dipermudahkan,” katanya lagi.

Thursday, December 24, 2020

“Kenapa masih simpan Zetti Aziz sebagai pengerusi PNB?”, tanya MT Umno

themalaysialife.com
December 24, 2020 9:14 am


Ahli MT Umno, Dr Puad Zarkashi harini menemplak kerajaan PN kerana masih menyimpan Pengerusi PNB, Tan Sri Zetti walaupun dividen ASB yang diumumkan semalam adalah yang terendah dalam sejarah. Berikut merupakan tulisanya di laman facebook

DIVIDEN ASB 2020 TERENDAH

Terendah lagi. Paling rendah dalam sejarah bagi tiga tahun berturut turut.
2017: 8.25%
2018: 7.00%
2019: 5.50%
2020: 4.25% (+0.75% bagi 30,000 unit pertama)

Kenapa ini berlaku. Tidak mungkin kerana Covid-19. Kerajaan PN sepatutnya buat lebih baik daripada Kerajaan PH.

TS Dr Zetti adalah Pengerusi PNB. Dua tahun di situ, apa dia buat. Kenapa orang macam ini Kerajaan PN masih simpan.

Hairan juga Kerajaan PN masih simpan kuncu kuncu lantikan Tun Mahathir. Elok suruh berhenti.

Wednesday, December 23, 2020

ASNB umum agihan pendapatan terendah dalam sejarah, 5.00 sen seunit

Nora Mahpar
-December 23, 2020 10:59 AM


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengagihan bonus 0.75 sen seunit dibayar untuk 30,000 unit pertama kepada pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Zeti Aziz secara maya di ibu negara, hari ini.

Agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran pengagihan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit amanah.

Pendapatan itu dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah dana tetap berkenaan.
Zeti berkata, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran getir ekonomi global ekoran pandemik COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, PNB kekal fokus terhadap strategi jangka panjang, yang memberi jaminan pulangan mampan.

“Kepelbagaian inisiatif yang dilaksanakan berjaya menghasilkan pulangan positif, sekali gus membantu melonjakkan PNB untuk terus mengukuhkan cabang pelaburan yang berdaya saing,” katanya.

Saturday, December 21, 2019

ASB terendah, Pemuda Umno dakwa kerajaan ‘flip flop’

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON


Pengumuman kadar agihan pendapatan ASB yang terendah dalam sejarah sebanyak 5.5 peratus, didakwa berpunca daripada sikap ‘flip flop’ kerajaan yang sering melakukan u-turn terhadap dasar yang ditentukan.

Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, berkata, dengan peratusan rendah tersebut, maka kenyataan dibuat pemimpin kerajaan khususnya Menteri Kewangan mengenai petunjuk positif ekonomi negara hanyalah ‘cakap kosong’.

Sebaliknya beliau berkata, penurunan kadar agihan tersebut memberi gambaran situasi ekonomi negara yang makin memburuk berbanding tahun sebelumnya.

“Sedarkah kerajaan bahawa keputusan ‘flip-flop’, sering melakukan u-turn terhadap dasar yang telah ditentukan menjadi penyumbang utama penurunan agihan tersebut.

“Apabila kerajaan flip-flop, mudah sangat buat u-turn, pelabur pun tidak yakin. Apabila pelabur khususnya dari luar negara tidak yakin, sudah tentunya menjejaskan pelaburan dalam negara.

“Ketidaktentuan ini memberi kesan kepada keseluruhan ekonomi negara dan menjejaskan Bursa Malaysia.

“Dengan PNB banyak melabur dalam syarikat-syarikat senaraian, sudah tentunya kemerosotan itu memberi kesan kepada PNB serta produk-produk pelaburan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Exco Pemuda Umno Malaysia itu juga, turut mengkritik kerajaan yang dikatakannya bakal memberi kesan dan merugikan mereka yang membuat pinjaman ASB, rentetan prestasi PNB yang kurang memberangsangkan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/asb-terendah-pemuda-umno-dakwa-kerajaan-flip-flop/

Thursday, December 19, 2019

DIVIDEN ASB : LANTAKLAH ORANG MELAYU NAK MARAH



Hari ini, orang Melayu bertambah marah dengan kerajaan Pakatan Harapan sebab umum dividen ASB hanya 5.5 peratus, paling rendah dalam sejarahnya.

Kita juga tak lupa kerajaan PH umumkan hibah Tabung Haji juga yang paling rendah iaitu 1.25 peratus pada April yang lalu.

Namun, semalam, menteri kewayangan dari DAP bernama Lim Guan Eng umum pemaju Bandar Malaysia akan bayar RM6.5 bilion dalam masa 3 tahun.

Maknanya apa? Maknanya ini semua adalah strategi kerajaan PH untuk bagi pemberian tahap peminta sedekah buat rakyat dalam 3 tahun pertama selepas PRU14 yang lalu.

Pada tahun ke-4 dan ke-5 menjelang PRU15, kerajaan PH akan hamburkan dividen ASB dan TH yang lebih tinggi kerana mereka mahu menang hati orang Melayu untuk PRU15.

Kemungkinan besar, pada tahun 4 dan 5 itu juga, BRIM atau kini dikenali sebagai BSAH akan dinaikkan sehinga RM2,500 sebagai umpan untuk memancing orang Melayu mengundi DAP yang berselindung di sebalik PH.


Pada ketika itu, akan keluarlah ayat-ayat seperti – PH berjaya pulihkan ekonomi negara dan senangkan rakyat, Malaysia bebas dari kleptokasi – sedangkan itu hanya wayang menteri kewayangan Malaysia.

Ya, ini semua hanya sandiwara PH dan DAP sudah lama memainkan taktik begini untuk memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini dengan umum beri itu dan ini hanya menjelang PRU.

Ternyata, DAP dan PH bukan kerajaan ikhlas untuk membangunkan negara dan menyenangkan rakyat kerana 3 tahun pertama untuk poket mereka, 2 tahun lagi untuk rakyat pula.

Kerisauan saya – orang Melayu kelabu mata pada 2021 dan 2022 dan puji melambung DAP-PH apabila dapat BRIM RM2,500 dan dividen tinggi dan kita terlupa apa DAP-PH buat dalam 3 tahun pertama selepas detik hitam PRU14 pada 2018.

Harapan saya – kita angkat Muafakat Nasional sebagai kerajaan pada PRU15.

Amran Ahmad Nor
Bekas pegawai khas LGE
Timbalan pengerusi G3

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-