Monday, February 24, 2020

Kerajaan PH masih 'berjalan' - Lim Guan Eng

MyMetro
Fahmy A Rosli
bhnews@bh.com.my


GUAN Eng ketika sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP di Pudu.
FOTO Hairul Anuar Rahim

KERAJAAN Malaysia yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) masih 'berjalan' seperti biasa, menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan itu berkata, perkara itu diberitahu oleh Ketua Setiausaha Negara dalam satu mesej pesanan ringkas kepadanya.

Bagaimanapun untuk kepastian, katanya, biar Jabatan Peguam Negara menjawab mengenai status kerajaan sekarang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Saya fikir jelas sekali mengenai status kerajaan Malaysia sekarang apabila saya menerima mesej pesanan ringkas daripada Ketua Setiausaha Negara bahawa semuanya berjalan seperti biasa.

"Apa pun, lebih baik kita tunggu kenyataan Peguam Negara. Saya rasa, Peguam Negara akan keluarkan kenyataan mengenai hal ini (status kerajaan)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat DAP, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soal dibangkitkan media berkenaan status kerajaan selepas Dr Mahathir hari ini mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengulas mengenai kenyataan terakhir Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di akaun Twitter sebagai Menteri Kesihatan, Guan Eng berkata, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertindak sebagai menteri sementara dalam menangani isu penyebaran COVID-19.

Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 5:52 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-