Friday, March 20, 2020

12 petugas kesihatan KKM dijangkiti Covid-19

MyMetro
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

PETUGAS kesihatan.
 FOTO Ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah

SERAMAI 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor kesihatan swasta dijangkiti virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, salah seorang daripada 12 kakitangan KKM terbabit kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, virus berkenaan menyerang sesiapa sahaja, tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta.


“Tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda.

“Duduk di rumah,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook beliau di sini, hari ini.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 4:28 PM

1 comment:

  1. Jasa kalian tidak terbalas. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan dipermudahkan pekerjaan. Amiin ya Rabb.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-