Wednesday, March 4, 2020

Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi?

DALIA ISMAIL
March 4, 2020 2:03 pm


Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno-BN.

Bahkan ada dikalangan ahlinya pula di negeri yang dijajah Kelantan mencadangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Armada Negeri Kelantan Asran Alias berkata, semua pihak harus menghormati Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri ke-8

Katanya Umno tidak perlu menekan Muhyiddin untuk memilih Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon TPM.

“Tan Sri Muhyiddin telah jelaskan, beliau hanya akan mengambil ahli kabinet yang bersih dan berintegriti sahaja.

“Maka Datuk Seri Zahid yang masih terpalit dengan skandal rasuah tidak patut diangkat menjadi pimpinan utama,” bidasnya.

Ini susulan tindakan Umno Kedah semalam telah menetapkan pendirian mereka supaya Ahmad Zahid menganggotai semula barisan kabinet baharu Perikatan Nasional (PN)dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bergandingan dengan Muhyiddin.

Reaksi berbeza pula disuarakan oleh Exco Armada Bersatu Abdul Hanaan Khairy dalam kenyataannya hari ini.

“Umno Kedah sepatutnya hormat kepada Tan Sri Muhyiddin. Adakah Umno berfikir Pakatan Nasional ini mampu dibentuk tanpa kerusi ’emas’ Bersatu?

“Umno perlu dengar kata tuan, bukan cuba jadi tuan,” bidasnya

Tambah Abdul Hanaan lagi, susulan beberapa negeri (Johor, Melaka) di bawah Pakatan Harapan kini jatuh ke tangan Perikatan Nasional sewajarnya peluang diperoleh selepas Bersatu keluar gabungan PH, sepatutnya lebih berperanan memperkasakan Bersatu di peringkat negeri.

“Jika Perdana Menteri adalah dari Bersatu, jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri juga harus letaknya kepada Bersatu,” tegasnya.

Beliau turut tidak puas hati apabila Johor lebih awal melantik Menteri Besar dari Umno Datuk Hasni Mohd pada 28 Februari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

“Belum sempat Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM8, Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Johor sudah diangkat sebagai MB Johor.

“Ini tidak adil kepada Bersatu!!,” dalam nada kecewa dan mahu semua parti di bawah Perikatan Nasional sepatutnya akur dengan Bersatu bukan sebaliknya berlaku.

Krisis politik yang melanda negara seminggu lalu menyaksikan Bersatu keluar PH membentuk Perikatan Nasional yang disertai Bersatu, BN dan Pas.

Manakala Pakatan Harapan kekal padu dengan PKR, AMANAH dan DAP.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/jawatan-tpm-bersatu-bertelagah-antara-ahmad-zahid-atau-abdul-hadi/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-