- @politik
-March 12, 2020
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka terancam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik.
“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya,” kata Dr Mahahir yang pernah menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh kepada Sinar Harian.
Anwar pernah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, namun mereka melupai sengketa selama 20 tahun dan tekad bekerjasama menjelang PRU-14 sehingga berjaya menumbangkan BN dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Ditanya mengenai persepsinya terhadap Anwar, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui bahawa beliau mempunyai masalah dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Saya menghadapi masalah dengan Anwar. Saya mengaku. Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Anwar tersingkir dan dia kena hukuman penjara.
“Bila kita nak lawan dan nak jatuhkan Najib, saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar, saya rasakan Najib lebih bahaya.
“Jadi saya sanggup rujuk kembali dengan Anwar, bahkan saya turut bekerjasama dengan DAP. Kalau tidak kita tidak boleh kalahkan Barisan Nasional (pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.
PH dan Dr Mahathir berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun PH memerintah namun itu sekali lagi tidak menjadi kenyataan apabila PH tumbang pada 24 Februari lalu susulan tindakan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Bersatu keluar PH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.