Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa wujud usaha menjatuhkan karier politiknya oleh Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan sebelum ini.
— Foto oleh Farhan Najib
IPOH, 10 Mac — Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi ini bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini di negeri itu.
Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Zulkefli Abdullah menerusi satu kenyataan ringkas malam tadi memaklumkan pertemuan akan berlangsung di Istana Kinta di sini pada 10 pagi.
Semalam, Ahmad Faizal dalam sidang media di sini mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.
Bercakap pada sidang media sulung Perikatan Nasional itu, Ahmad Faizal berkata sokongan adalah daripada 25 ADUN Barisan Nasional yang semuanya UMNO, PAS (tiga) dan Bersatu (empat).
Selain itu, semalam juga menyaksikan empat ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, serta dua ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Mereka ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai Bersatu, manakala ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A.Sivasubramaniam kedua-duanya daripada DAP serta ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari AMANAH memilih menjadi Bebas.
Yong, Sivasubramaniam dan Hasnul Zulkarnain bagaimanapun menyokong Perikatan Nasional yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri daripada PH selaras dengan jajaran politik baharu di negeri itu.
— Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.