Monday, April 20, 2020

Apa sebab pemimpin Pakatan Harapan meroyan lagi?

Utama News
@news
-April 20, 2020

KUALA LUMPUR: Selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyaksikan watak kedua parti ini begitu bercanggah, tidak sebagaimana watak mereka sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin, percanggahannya begitu ketara apabila meminta sidang Parlimen diadakan sedangkan pemimpin negara kini sedang berusaha melawan penularan COVID-19 yang semakin merebak.

“Tolong bertindak rasional! apa salahnya tangguh sidang Parlimen sebab Negara masih berperang dengan COVID-19.

“Dari jadi kerajaan sehinggalah jadi pembangkang… kedua-duanya teruk dan tidak rasional. Kerajaan bersusah payah fokus berperang dengan wabak COVID-19, PH pula tak habis-habis meminta sidang Parlimen diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

“Adakah pemimpin PH sebenarnya ada muslihat untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan memberi undi tidak percaya semasa sidang Parlimen? Kalau ya pun, tangguhlah dulu sehingga menang berperang dengan wabak COVID-19,” katanya lagi.

Kata Fairuz lagi, semasa menjadi kerajaan, PH berebut kuasa sesama sendiri sehinggakan kebajikan rakyat tidak terjaga malah sekarang ini apabila kembali menjadi pembangkang, PH obses pula dengan publisiti murahan untuk nampak ‘hero’ di mata rakyat.

“Pada masa pandemik sebegini adakah penting sangat sidang Parlimen? Parlimen utama, atau nyawa yang utama? Jangan manipulasi terma ‘demokrasi’ kerana demokrasi pun ada budi bicaranya.

“Penangguhan sidang Parlimen sebegini sebenarnya adalah perkara biasa, sebagai contoh di Mesir, Parlimen mereka terpaksa ditangguhkan sehingga dua kali demi mengelakkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli Parlimen,” katanya.

Malah jelas beliau, di Hungary, kerajaannya diberikan ‘kuasa plenari’ yang bermaksud kuasa penuh untuk melaksanakan apa-apa juga perkara difikirkan rasional untuk melawan Covid-19 ini.

Menurut Fairuz lagi, di negara Iran terdapat kira-kira 23 daripada 290 (8%) ahli Parlimen mereka telah dijangkiti wabak ini, begitu juga di Sepanyol, sebahagian besar ahli Parlimen mereka telah dijangkiti yang memaksa sidang Parlimen ditangguhkan.

“Jadi, jelas mencegah itu lebih baik daripada merawat. Bukan tak ada sidang Parlimen selamanya tetapi hanyalah penangguhan sementara sebulan dua ini. Nyawa adalah lebih utama daripada sidang Parlimen. Faham PH?,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-