Monday, April 20, 2020

Pasar Borong KL lokasi terbaru di bawah PKPD

Hariz Mohd
Diterbitkan Hari ini 2:00 pm


Pasar Borong Kuala Lumpur dan kawasan perumahan di sekitarnya menjadi lokasi terbaru yang diletakkan di bawah perintah kawalan pegerakan diperketatkan (PKPD).

Walaupun butirannya masih samar, lawatan Malaysiakini ke lokasi itu mendapati kawasan seluas beberapa kilometer persegi telah dikawal ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kawat berduri juga dipasang di sekitar kawasan ini, dari pintu masuk pasar borong berhampiran bulatan Batu Caves sehingga ke pangsapuri kediaman Sri Murni.

Polis dan tentera juga dilihat mengawal dan membuat sekatan jalan di setiap persimpangan, dan mengarahkan orang ramai yang ingin memasuki kawasan itu supaya berpatah balik.
Rombongan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendy Buang kelihatan keluar dari kawasan itu sekitar jam 1 tengah hari ini.

Beliau dipercayai berada di lokasi untuk memantau keadaan.

Menurut beberapa anggota keselamatan yang ditemui, lokasi tersebut akan ditempatkan di bawah PKPD bermula tengah malam hari ini.

Dipercayai bahawa menteri kanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan, Ismail Sabri Yaakob, akan membuat pengumuman mengenai PKPD terbaru pada sidang media di Putrajaya hari ini.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-