Friday, April 17, 2020

Jumlah kes terus naik mendadak di Singapura

-April 17, 2020

SINGAPURA: Singapura sebuah negara pulau dengan penduduk berjumlah 5.7 juta, termasuk 1.7 juta pekerja asing sering dipuji kerana kemajuan dan kemodenannya.

Ini termasuk dari segi sistem kesihatan.

Tetapi negara di selatan Semenanjung Malaysia itu, juga tidak dapat lari daripada serangan virus maut, Covid-19.

Negara itu melaporkan kes positif Covid-19 pada 23 Januari lalu.

Kini sudah terdapat 4,427 kes jangkitan dengan 10 kematian di Singapura.

Kes-kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak di negara itu sejak dua hari lalu.

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 728 kes positif Covid-19 setelah merekodkan 447 kes sehari sebelum itu.

Maksudnya, dalam tempoh dua hari sahaja Singapura mencatatkan pertambahan sebanyak 1,175 kes dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 di republik ini melonjak kepada 4,427 kes.

Jumlah kes keseluruhan di dunia telah mencecah 2,180,003 dengan 145,417 kematian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-