Thursday, April 16, 2020

Dulu kritik PH, kini menteri mahu majukan tanaman buluh

Khamis, 16 Apr 2020
11:15 AM MYT
Bekas menteri Teresa Kok gembira kerajaan Perikatan Nasional meneruskan usaha untuk memajukan industri buluh
Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 16 April — Pendirian kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu memajukan tanaman buluh dipersoalkan warga maya.

Seorang pengguna Twitter berkata idea asal oleh kerajaan Pakatan Harapan yang dahulunya dikritik oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kini diguna pakai setelah pemimpin PAS itu menjadi menteri perusahaan, perladangan, dan komuniti.

Syo-kay memuat naik paparan skrin hantaran Khairuddin tahun lalu yang mengkritik pendahulunya, Teresa Kok menyarankan tanaman buluh dan kelapa menggantikan kelapa sawit, sebagai “cadangan bernas”.

“Sekarang dia yang luluskan,” kata pengguna Edzmar8118 di ruangan komen Twitter.

Dulu bukan main kutuk idea Teresa tentang industri buluh ni. Sekarang? #PusiNg pic.twitter.com/FY9xFn1zNo— Syo-kay 🇲🇾 (@forsyo) April 15, 2020

“Benda baik tak salah ambil...kenapa mesti bangkang sebab tak sehaluan.” soal @ShahRain74.

Khairuddin dalam kenyataan semalam mengakui industri buluh ada potensi besar untuk dimajukaan dan akan membuat penekanan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Katanya saiz pasaran global produk buluh dianggarkan berjumlah USD68 bilion pada 2018 (USD1=RM4.34).

Sementara itu menteri sebelumnya Teresa Kok dalam responsnya melalui hantaran di Facebook semalam gembira dengan keputusan PN meneruskan cadangan itu walau pernah dikritik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-