Saturday, April 18, 2020

Polis terima laporan VIP ingkar PKP - Ismail Sabri

Oleh Rohaniza Idris dan Farah Marshita Abdul Patah
bhnews@bh.com.my

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh beberapa orang kenamaan termasuk yang ada jawatan dalam kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau difahamkan sudah ada laporan polis di buat berkaitan kumpulan VIP yang didakwa melanggar perintah berkenaan.

Beliau berkata, tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang berkaitan dengan PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, orang ramai perlu terus patuhi PKP ke arah sifar kes positif COVID-19 untuk menamatkan PKP.

“Saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat, jadi kita serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-