Thursday, May 14, 2020

Hina ulama, Ahmad Dusuki soal mengapa masih sokong DAP?

Khamis, 14 Mei 2020 11:23 AM MYT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor yang juga pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani kesal dengan tindakan pihak yang menghina golongan ulama. 
Foto ihsan Instagram/Ustaz Ahmad Dusuki

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor yang juga pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani meluahkan rasa kesal dengan DAP selepas parti itu didakwa menghina golongan ulama.

Pada masa sama, Ahmad Dusuki mempersoalkan tindakan segelintir individu yang masih menyokong parti itu malah ‘membisu’ apabila golongan ulama dihina.

“Mereka menghodohkan wajah mereka dengan mencela dan mengutuk ulama kita.

“Apa yang menghairankan ada lagi yang mengatakan DAP ini lebih baik daripada para alim ulama. Siap sanggup menjadi ahli dan pendukung fahaman DAP lagi.

“Dunia semakin berada di penghujung usia apabila alim ulama dikutuk oleh bangsa DAP itu, namun dia tetap diam membisu,” katanya di Instagram.

<EMBEDDED LINK>

https://www.instagram.com/p/CAISD-ZjZ_Q/?igshid=1eipz70la1y4n

Ahmad Dusuki berkata demikian bagi mengulas kiriman DAP Perak di Facebook yang didakwa menghina Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi digambarkan merestui tindakan wakil rakyat Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang melemparkan kata kesat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin.

Sementara itu, kebanyakan warga maya turut beranggapan hantaran DAP Perak itu sebagai keterlaluan kerana mengaitkan Abdul Hadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-