Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts

Monday, February 24, 2025

Pertahan hak Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu

harakahdaily.net
February 24, 2025

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diseru untuk hadir ke himpunan solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama’, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, penting untuk rakyat negara ini bermunajat dan meminta bantuan daripada Allah berhubung pelbagai isu yang berlaku melibatkan hak-hak orang Islam.

“Apabila kita telah terganggu dan tergugat hak-hak sama ada yang disebut itu hak rakyat ataupun hak itu hak Tuanku, ataupun hak bangsa, agama dan negara kita yang dicemari dengan unsur-unsur yang menyebabkan pemisahan kekuatan umat Islam.

“Maka perlulah untuk kita pergi dan mengadu kepada Allah, untuk kita bermunajat kepada Allah dan meminta dengan sebenar-benarnya dengan Allah sebab inilah yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW.

“Rasulullah diajar supaya kita jangan tinggal Allah dalam hidup kita ini sebagaimana yang disebut ‘kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu’. ‘Kalau kamu meminta, kamu minta lah kepada Allah’. ‘Kalau kamu nak memohon, kamu mohonlah kepada Allah’,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali serta Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu (TAMU), Zaharah Sulaiman dan Exco Sekretariat Anak Pahang Perantauan, Fadzil Che Lah.

Tambah beliau, kedaulatan dan kekuatan yang sepatutnya dimiliki oleh Raja-raja Melayu kebelakangan ini turut dicemari dengan pelbagai perkara yang berlaku di dalam negara ini.

“Semua di kalangan kita ini kena tahu yang kita ini ada hak. Rasulullah menyebut ‘kamu kena tunaikan setiap hak di kalangan kamu’. Semua orang ada hak, Tuanku ada hak, rakyat ada hak, orang yang dalam penjara pun ada hak, orang di luar penjara pun ada hak.

“Allah sebut ‘kamu jangan buat zalim kepada mereka. Kalau kamu buat zalim kepada mereka, bila mereka mengadu kepada Allah, doa mereka itu akan didengari di sisi Allah’. Bahkan di dalam Al-Quran, kita akan jumpa banyak ayat-ayat yang Allah pesan kepada kita,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 24/2/2025
By Wak Labu Farm at February 24, 2025 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Allah, Islam, PERKASA, Sultan Pahang, ulama, UMMAH

Sunday, February 9, 2025

"Peranan Ulama’ dalam Politik: Meneruskan Warisan Para Anbiya’"

1media.my
Post Oleh : EditorKiri 
pada 2/09/2025 03:24:00 am

ULAMA’ WAJIB BERPOLITIK: WARISAN PERJUANGAN PARA ANBIYA’

Kuala Lumpur, 8 Februari – Penglibatan ulama’ dalam politik adalah satu keperluan bagi memastikan kepimpinan negara dipandu oleh ajaran Islam, menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam tulisan terbaru Presiden PAS.

Beliau menegaskan bahawa larangan terhadap ulama’ daripada terlibat dalam politik bertentangan dengan ajaran al-Quran dan sunnah. Sejarah menunjukkan bahawa para nabi bukan sahaja bertindak sebagai pendakwah tetapi juga pemimpin yang mentadbir masyarakat berdasarkan wahyu.

“Manusia diangkat sebagai khalifah di bumi untuk menguruskan kehidupan dengan panduan agama,” katanya, merujuk kepada firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang menyebut tentang peranan manusia sebagai khalifah.

Menurutnya, Rasulullah SAW sendiri merupakan contoh kepimpinan Islam yang sempurna, bukan sahaja dalam menyampaikan dakwah tetapi juga dalam mentadbir negara di Madinah. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim turut memperkukuhkan hakikat bahawa pemimpin Islam perlu berlandaskan ilmu dan prinsip agama.

Beliau turut mengingatkan bahawa sejarah membuktikan banyak ulama’ terkemuka menghadapi tekanan kerana mempertahankan prinsip Islam dalam pemerintahan. Antara mereka termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi‘i, dan Imam Ahmad bin Hanbal yang diuji dengan pelbagai bentuk penyeksaan.

“Sekularisme yang cuba memisahkan agama daripada politik adalah warisan penjajah untuk melemahkan umat Islam,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa peranan ulama’ dalam politik adalah kesinambungan perjuangan para anbiya’. Dalam tulisannya, beliau menggesa para ulama’ agar tidak gentar untuk menyuarakan kebenaran dan memastikan kepimpinan negara selaras dengan ajaran Islam.
By Wak Labu Farm at February 09, 2025 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Al-Quran, Allah, Islam, Rasulullah SAW, ulama

Tuesday, February 4, 2025

Politikus ada salah memang akan takut kepada ulama

harakahdaily.com
February 4, 2025
KUALA LUMPUR: Ulama adalah pewaris para Nabi dan bukan sekadar mengajar agama di masjid, tetapi juga bertanggungjawab dalam membimbing masyarakat termasuk dalam hal politik.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, ulama turut mengambil berat mengenai politik bagi menjaga kepentingan umat Islam dalam pemerintahan.

“Kalau ulama tak peduli pasal politik, siapa lagi yang nak jaga kepentingan umat Islam dalam pemerintahan? Politik bukan sekadar mengenai kuasa.

“Tapi berkaitan dasar yang mempengaruhi kehidupan rakyat, halal haram ekonomi, pendidikan anak-anak, keadilan sosial dan banyak lagi.

“Kalau ulama tidak peduli soal politik, maka mereka membiarkan urusan umat Islam ditentukan oleh mereka yang mungkin tidak memahami atau tidak peduli kepada hukum Allah.

“Sedangkan Islam sendiri menuntut kita untuk mengambil berat urusan kepimpinan dan pemerintahan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Jelas beliau, ulama juga akan menjadi ‘suara’ jika terdapat pemerintah yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul.

“Mereka perlu bersuara apabila ada ketidakadilan, memberi nasihat kepada pemimpin, dan jika perlu, terlibat secara langsung dalam sistem politik untuk memastikan pemerintahan berjalan atas dasar Islam.

“Jika mereka diam, mereka membiarkan umat ditadbir oleh sistem yang mungkin jauh daripada nilai-nilai Islam. Jadi, ulama bukan sekadar jadi pemerhati.

“Mereka perlu berperanan sebagai penasihat, pemimpin, atau sekurang-kurangnya suara yang menegur pemerintah bila ada yang tak betul.

“Sebab akhirnya, politik yang baik boleh membawa kebaikan pada umat, dan politik yang rosak boleh menghancurkan masyarakat. Hanya pemimpin yang banyak melakukan kesalahan sahaja takut pada ulama politik,” katanya.

Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan bahawa beliau hanya menghormati ulama agama, dan bukannya ulama politik dalam satu temubual audio siar.

 – HARAKAHDAILY 4/2/2025
By Wak Labu Farm at February 04, 2025 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ahmad Zahid Hamidi, Islam, masjid, PAS, pewaris para Nabi, politik, ulama

Sunday, January 26, 2025

Ulama perlu utama keredaan Allah, bukan populariti

harakahdaily
January 26, 2025

MACHANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pentingnya mencari keredaan Allah SWT dalam perjuangan, walaupun ia mungkin tidak disenangi manusia.

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan bahawa keikhlasan dalam menegakkan agama adalah asas yang harus dijaga, terutama oleh golongan ulama.

“Nabi sebut, barang siapa yang mencari keredaan Allah walaupun manusia marah, Allah Taala reda pada dia. Allah Taala jadikan manusia akan reda pada dia.

“Barang siapa yang mencari keredaan manusia walau dimurkai oleh Allah, dia kira orang suka saja. Dia mengajar-mengajar nak suruh orang ramai mari. Bukan orang ikut hat Islam. Hok mana orang ramai mari, sebut hok itulah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ijtima Ulama Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0 di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini semalam.

Menurut Tuan Guru, ada dalam kalangan mereka yang hanya mahu menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak menyampaikan kebenaran sehingga amar makruf nahi mungkar diabaikan.

“Amar makruf nahi mungkar tak ada. Sebut mungkar, karang orang tak mari. Kritik banyak, karang orang tak mari.

“Tak ada kritik langsung. Ceritalah cerita-cerita nak suruh orang ramai. Orang ramai saja. Bukan nak membetulkan manusia,” ujarnya.

Tuan Guru menekankan bahawa ulama harus menjaga keikhlasan mereka dan berusaha menyelamatkan manusia dengan menyampaikan risalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Fokus utama jelasnya, bukanlah untuk mendapatkan sokongan ramai, tetapi untuk membetulkan manusia mengikut syariat Islam.

“Jangan peduli orang tak ada pun tak apa, dua, tiga, empat orang belajar tak apa. Jangan peduli,” katanya lagi.

Beliau turut memberi contoh kisah dalam surah Yasin, di mana tiga Rasul hanya mendapat seorang pengikut, yang akhirnya mati dibunuh.

“Dalam surah Yasin, tiga Rasul, dapat pengikut seorang saja yang mati dibunuh pula. Tapi dimuliakan oleh Allah. Kalau ramai macam semut, tak ada faedah langsung, nak buat apa?

“Ni kira nak cari pengaruh saja, biar orang ramai, orang ramai. Bukan nak membetulkan manusia,” jelasnya.

Tuan Guru turut mengingatkan ulama agar tidak mengkhianati amanah ilmu yang diwarisi daripada Nabi-nabi.

Menurutnya, tugas ulama adalah untuk menyelamatkan manusia sama ada diberi kemenangan di dunia atau di akhirat.

“Selamatkan manusia sama ada diberi kemenangan dunia memerintah ataupun kita tak menang atas dunia mesti menang di hari akhirat. Mesti menang. Tak kalah kalau kita bersama dengan Islam ni,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 26/1/2025
By Wak Labu Farm at January 26, 2025 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Islam, PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ulama

Wednesday, August 28, 2024

Jangan terjebak sikap dan agenda burukkan ulama

harakahdaily.net
August 28, 2024

JASIN: Tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang dan memburuk-burukkan para ulama sebenarnya adalah suatu gerakan yang dibuat demi menjaga kepentingan Barat dan Zionis.

Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, golongan itu akan menyerang mana-mana ulama yang cuba membangkitkan kesedaran secara jelas, tidak berlapik, sehingga mudah difahami oleh umat akan maksud dan tujuannya.

“Jadi kalau kita tengok dalam negara kita ni ulama yang paling dimusuhi dan dicerca oleh kumpulan yang memang dibentuk bagi memfitnah ulama dan membuat naratif yang negatif kepada ulama, iaitulah kalangan sebahagian netizen ini,” katanya.

Tuan Guru Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Jasin itu berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah Maghrib mingguan di Balai Islam Seri Minyak, Merlimau, di sini malam kelmarin.

“Kita tengok Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, antara ulama-ulama yang paling utama menghadapi sasaran. Baru-baru ini Ustaz Azhar Idrus juga mula dihalakan serangan secara bertubi-tubi.

“Kerana apa? Kerana ulama-ulama ini dilihat sebagai kumpulan ulama yang mempunyai kemampuan ilmu membangkitkan keinsafan dan kesedaran rakyat untuk beristiqamah dengan Islam,” katanya.

Beliau sebelum itu membincangkan ayat 130 Surah Ali Imran mengulas mengenai keberanian Imam Sya’rawi dalam tafsirnya yang memuji As-Syahid As-Syeikh Sayyid Qutb RH.

Ini kerana tokoh itu dapat menghuraikan dengan tuntas persoalan riba yang tiba-tiba muncul di dalam ayat tersebut di tengah-tengah perbincangan mengenai perang Uhud.

“Saya menyebut tentang perkara ini, adalah sebagai suatu ingatan kepada kita, supaya kita tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan untuk menyerang peribadi As-Syeikh Sayyid Qutb.

“Kerana Sayyid Qutb ini diberikan tasawur, diberikan gambaran sebagai tokoh ekstremis yang melahirkan suatu gerakan yang ekstremis dalam dunia Islam melalui huraian-huraian ilmiahnya,” katanya.

Jelas beliau, persepsi itu hakikatnya adalah tuduhan Barat kepada As-Sheikh Syed Qutb RH di mana sedia dimaklumi bahawa orang Barat itu memang begitu marah dengan mana-mana ulama seperti itu.

Di mana katanya, mempunyai kemampuan dan pengaruh besar di dalam menghuraikan mengenai kewajipan menentang segala perkara yang berlawanan dengan Islam.

“Jadi ulama-ulama yang berjaya menghuraikan perlawanan dan percanggahan sesuatu ajaran, ideologi dan fahaman di zaman moden ini dengan Islam. Berlawan perkara itu dengan Islam.

“Dia (Sayyid Qutb) berjaya menghuraikanya dengan mengembalikan kepada nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka ulama itu dipandang sebagai ancaman kepada Barat.

“Kerana kemampuan dan kejayaan Sayyid Qutb dan mana-mana ulama seperti itu dilihat sebagai suatu perkara yang berjaya membangkitkan semangat perjuangan untuk mempertahankan Islam dan membebaskan tanah air umat Islam dari cengkaman penjajah,” katanya.

Kata beliau lagi, disebabkan perkara itu, Sayyid Qutb ini menghadapi berbagai-bagai fitnah yang mana fitnah-fitnah itu datang daripada naratif yang dibuat oleh Barat.

“Kita pun tahu Mesir ini bersebelahan dengan Israel yang menjajah Palestin. Maka naratif-naratif ini yang dibuat bertujuan untuk kepentingan Israel dan Zionis,” katanya.

Katanya lagi, para ulama yang mulia hatinya, mereka sekali-kali tidak akan terpedaya dengan permainan fitnah dibuat oleh musuh-musuh Islam.

Justeru ulama-ulama ini akan menonjolkan segala sisi kebaikan ulama yang difitnah supaya umat tidak melampau hingga terjebak hanya dengan fitnah naratif dibuat oleh Barat dan musuh-musuh Islam.

 – HARAKAHDAILY 28/8/2024
By Wak Labu Farm at August 28, 2024 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Abdul Hadi Awang, Barat, hina islam, PAS, ulama, Ustaz Azhar Idrus, Zionis

Thursday, May 14, 2020

Hina ulama, Ahmad Dusuki soal mengapa masih sokong DAP?

Khamis, 14 Mei 2020 11:23 AM MYT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor yang juga pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani kesal dengan tindakan pihak yang menghina golongan ulama. 
— Foto ihsan Instagram/Ustaz Ahmad Dusuki

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor yang juga pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani meluahkan rasa kesal dengan DAP selepas parti itu didakwa menghina golongan ulama.

Pada masa sama, Ahmad Dusuki mempersoalkan tindakan segelintir individu yang masih menyokong parti itu malah ‘membisu’ apabila golongan ulama dihina.

“Mereka menghodohkan wajah mereka dengan mencela dan mengutuk ulama kita.

“Apa yang menghairankan ada lagi yang mengatakan DAP ini lebih baik daripada para alim ulama. Siap sanggup menjadi ahli dan pendukung fahaman DAP lagi.

“Dunia semakin berada di penghujung usia apabila alim ulama dikutuk oleh bangsa DAP itu, namun dia tetap diam membisu,” katanya di Instagram.

<EMBEDDED LINK>

https://www.instagram.com/p/CAISD-ZjZ_Q/?igshid=1eipz70la1y4n

Ahmad Dusuki berkata demikian bagi mengulas kiriman DAP Perak di Facebook yang didakwa menghina Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi digambarkan merestui tindakan wakil rakyat Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang melemparkan kata kesat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin.

Sementara itu, kebanyakan warga maya turut beranggapan hantaran DAP Perak itu sebagai keterlaluan kerana mengaitkan Abdul Hadi.
By Wak Labu Farm at May 14, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Abdul Hadi Awang, DAP, PAS, ulama

Sunday, June 2, 2019

‘Harta ibadah’ wajar diagih pemimpin ahli ibadah

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
02 JUNE 2019


PARA ulama berbeza pendapat tentang hukum individu muslim mewakilkan bukan Islam untuk mengagihkan zakat. Mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki membolehkan. Manakala Mazhab Hambali pula mensyaratkan wakil hendaklah seorang muslim. Jika diwakilkan kepada bukan Islam untuk diagihkan maka zakat itu tidak sah.

Alasan Hambali ialah kerana zakat itu harta ibadah. Ia ditunaikan sebagai satu kewajipan daripada rukun Islam yang lima. Sedangkan bukan Islam bukanlah ahli ibadah. Maka tidak wajar harta ibadah diwakilkan kepada bukan ahli ibadah untuk diagihkan kepada asnaf zakat.

Dalam konteks khilaf perbezaan pendapat ulama maka terbaiknya keluar daripada khilaf sebagaimana kaedah feqah yang masyhur, dengan mengelakkan diri daripada mewakilkan bukan Islam untuk mengagihkan zakat.

Adapun dalam konteks isu pemimpin bukan Islam mengagihkan zakat milik orang Islam yang dikumpul oleh pihak berwajib seperti Lembaga Zakat kepada orang Islam ia perlu dilihat dari sudut tujuan dan juga syiar kepimpinan.

Adakah program agihan itu bertujuan menyampaikan hak kepada asnaf zakat semata-mata atau ia juga menjadi satu program politik untuk mempromosi kepimpinan bukan Islam kepada orang Islam.

Sekiranya ia menjadi agenda politik maka tidak wajar ianya berlaku menggunakan harta ibadah seperti zakat oleh bukan Islam yang bukan ahli ibadah.

Ia juga berkaitan dengan hukum walak kepimpinan bukan Islam dalam Islam. Allah berfirman:

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ (28)

"Janganlah orang beriman mengambil orang yang kafir sebagai wali kepimpinan selain daripada orang beriman. Barang siapa melakukannya maka ia sedikitpun bukan daripada Allah, melainkan kerana kamu benar-benar takut kepada kepimpinan mereka." (Surah Ali Imran ayat 28)

Apakah pihak berkuasa seperti Lembaga Zakat berada dalam keadaan sangat takut dan gerun kepada kepimpinan bukan Islam sehingga mereka terpaksa menyerahkan urusan agihan zakat kepada pemimpin bukan Islam?

Maka sangat wajar dalam isu agihan zakat hendaklah diserahkan sendiri oleh pihak berkenaan yang diberi tanggungjawab oleh umat Islam seperti pusat zakat terus kepada asnaf tanpa perlu menerusi pemimpin politik bukan Islam. Sensitiviti masyarakat Islam perlu juga diambil kira dalam perkara ini.

Dalam masa yang sama perlu disedari keindahan sistem zakat Islam. Orang bukan Islam juga boleh mendapat sebahagian daripada agihan zakat apabila mencukuli syarat sebagaimana dibincang oleh para alim ulama Islam.

DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

 – HARAKAHDAILY 2/6/2019
By Wak Labu Farm at June 02, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: asnaf, Islam, ulama, Zakat

Tuesday, May 14, 2019

Dalam jamaah kena ikut imam - Tuan Guru

NAZIHAH KHAN 
14 MAY 2019

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli PAS hendaklah sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam merangkumi matlamat, dasar, akidah perjuangan dan menjaga akhlak Islam.

Ujarnya, ahli PAS boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh berpecah dan bergaduh.

Tegasnya, ahli mesti sentiasa bersatu di bawah satu titik persamaan dan saling bermaafan dalam setiap perbezaan.

“Seruan saya juga bila kita berada dalam parti, bermakna kita berjemaah, kalau solat berjemaah kita mesti ikut imam.

“Kalau imam silap kita boleh tegur, selagi tak batal solat. Jangan tolak imam dan ambil alih imam kerana dia silap, itu satu benda yang salah dari segi solat jemaah,” ujarnya.

Menurut beliau, berjemaah dalam parti ini lebih besar dan mencabar. Dengan sebab itu, umat Islam kena sedar khususnya dalam politik Islam ini, ada perkara dasar yang tidak boleh dipertikaikan, seperti asas perjuangan dan akidah.

Hal ini tidak boleh berbeza dan bergaduh sama sekali, mesti berpegang teguh kepada Majlis Syura Ulama yang mengendalikan parti dengan sebaik-baiknya.

Katanya, perkara yang berkaitan dengan 'mutaghayyirat' boleh berubah mengikut keadaan, situasi dan realiti.

“Ini perkara besar kerana berkait dengan strategi politik dan bagaimana kita hendak menangani isu-isu semasa. Ini perlu dibuat dengan cara yang bijaksana.

“Memang kita tidak ada tokoh seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan Khulafa' Rasyidin, tetapi kita boleh membentuk ketokohan secara berjemaah dan kolektif. Jadi bila sudah membuat satu keputusan jemaah, kita mesti patuh pada keputusan itu,” tambah beliau.

Beliau turut menyaksikan bagaimana mereka yang istiqamah dengan keputusan parti walaupun tidak setuju dalam pandangan mereka, tetapi bila parti membuat keputusan, mereka tetap patuh, tetap hadir dan bersama dengan parti, seperti Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan lain-lain lagi.

Hatta bila dalam tahun pemilihan, sebagai contoh Dr Hj. Abbas Alias, daripada Yang Dipertua Agung PAS tidak dipilih dan menjadi ahli biasa, tetap terus hadir muktamar.

“Ustaz Hassan Shukri pernah bertanding Timbalan Presiden, tetapi tidak dipilih. Kita lantik, dia terus tidak tinggal dan berkhidmat dengan Pejabat PAS, meneruskan tarbiah, kita semua tahu.

“Ini contoh-contoh yang menarik dan kita kena sedar, di mana dalam perjuangan Islam ini kita perlu istiqamah hingga akhir hayat,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau memberikan nasihat kepada seluruh pimpinan dan ahli selepas ditanya oleh wartawan dalam satu temubual pada bulan lalu mengenai Muktamar PAS memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan. 

– HARAKAHDAILY 14/5/2019
By Wak Labu Farm at May 14, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Abdul Hadi Awang, Islam, istiqamah, PAS, ulama

Friday, December 7, 2018

Sultan Nazrin: Orang Melayu terperangkap perlumbaan conteng arang ke muka sendiri

Bernama
-December 7, 2018 2:49 PM

Sultan Nazrin bertitah, orang Melayu beransur lemah kerana hilang semangat ukhuwah, lemah jati diri, hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa. (Gambar Bernama)

MELAKA:  Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda, budaya politik negara ini menjelmakan ketaksuban baru, menghidupkan budaya asabiah dan menganjurkan pemikiran mengutamakan kesetiaan kumpulan daripada kepentingan menerima kebenaran; malah mencanai minda mementingkan kumpulan daripada kelangsungan ummah lebih menyeluruh.

Sultan Nazrin bertitah, umat Melayu hari ini kelihatan beransur lemah kerana telah kehilangan semangat ukhuwah, lemah jati diri, semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

“Islam telah membina umat Melayu berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh sehingga muncul sebagai umat yang kuat; tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah,” titah Sultan Nazrin di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Baginda bertitah sedemikian ketika menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Anggota Jemaah Pemangku Raja Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka kepada 15 individu diketuai Adly selaku pengerusi MAIM; dan seramai 21 individu menerima watikah pelantikan Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Sultan Nazrin bertitah, ilmuan Islam Ibnu Khaldun meninggalkan catatan mengenai peristiwa perpecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, hingga mengakibatkan kejatuhan tamadun dan pemerintahan Islam.

Titah baginda, Ibnu Khaldun menyaksikan kesediaan pemerintah melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada di tangan mereka, termasuk memperalatkan para ulama.

“Ulama yang pada era kegemilangan Islam bersifat jujur, bersifat ikhlas. Sebahagiannya kerana tergoda dengan kemegahan harta, jawatan dan gelaran bertukar dan membenarkan diri menjadi pemanfaatan bagi kepentingan peribadi umara tertentu,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, ulama berperanan sangat penting membantu pemerintahan berlaku adil dan saksama bersandarkan hukum yang dikenali dengan istilah adat semasa era pemerintahan Kesultanan Melayu.

Sultan Nazrin bertitah, Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Melaka pada 12 hingga 14 Julai 1990 bertitah, di sebalik sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka terdapat titik hitam yang harus direnungkan bersama agar ia tidak berulang.

Baginda bertitah Almarhum Sultan Azlan, juga Ayahanda Sultan Nazrin, menzahirkan titah: “di samping berbangga dengan kejayaan Melaka, semua pihak harus menjaga perpaduan kerana perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka sehingga Melaka dijajah kuasa Barat.

“Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Kata-kata yang dizahirkan lebih 28 tahun yang lalu, merupakan peringatan yang kekal hidup, dan wajib dijadikan renungan.

“Ia agar umat Islam di bumi ini, tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang, kalah menjadi abu kerana kecenderungan untuk terus bersengketa,” titah Sultan Nazrin.
By Wak Labu Farm at December 07, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kesultanan Melayu, Sultan Nazrin, ulama, Umat Melayu Islam

Saturday, August 4, 2018

Ulama harus berani menegur

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
4 OGOS 2018

Harussani

IPOH - Golongan ulama seharusnya berani menegur pimpinan kerajaan tanpa perlu rasa takut.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, teguran yang diberikan kepada pimpinan kerajaan itu sebenarnya antara peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

“Kerajaan dengan ulama dia kekal, kalau kerajaan nafikan ulama akan gagal. Namun, keberanian untuk menegur adakah dia itu berani atau tidak? Takut kena buang (kerja) dan sebagainya.

“Bagaimanapun bagi saya, tak perlu takut. Apa yang hak, saya tegur. Saya pernah menegur pimpinan negara seperti Yang Dipertua Negeri, Negeri Sembilan ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong dahulu selain Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Harussani berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung, 30 Ogos ini.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri yang mahu semua pihak kembali kepada al-Quran, Harussani berkata, ia satu saranan yang perlu diberikan perhatian.

“Kalau kata kembali kepada al-Quran, menteri Melayu kena ambil tahu. Kembali pada ajaran Islam, bidang apa yang patut dibuat. Kita tak tahu ke mana.

“Dia baca apa, dia kata baca tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu. Masalahnya, bolehkan difahami kerana al-Quran bukan ditafsir begitu sahaja. Maksudnya lain. Ia ditafsir dengan Hadis, kalau ambil al-Quran tak boleh faham sendiri.

“Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW terangkan. Sahabat bangsa Arab pun tak faham bila Nabi terangkan, apatah lagi kita. Itu namanya tafsir yang bawa keluar hadis. Siapa yang mentafsirkan al-Quran dengan pemikirannya itu salah,” katanya.
By Wak Labu Farm at August 04, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berani menegur, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, ulama

Tuesday, October 17, 2017

Alumni pondok pertahan kepimpinan ulama

MUHAMMAD ARIF ISMAIL
16 OCTOBER 2017

LEBIH 3,000 alumni Pondok Pasir Tumboh berikrar mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama di Kelantan yang diasas sejak tahun 1990.

Perkara itu diputus pada Ijtimak Pondok SeMalaysia kelmarin yang dibaca Mudir Madrasah Manabi' al Ulum Diniah, Tuan Guru Mohd Rejab Mad Akhir.

Katanya, kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob wajib dipertahan serta sebarang kelemahan perlu diperbaiki dengan sebaik mungkin.

"Perhimpunan pondok menegaskan semua pondok di negara ini akan berdiri teguh di belakang gerakan Islam PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ijtimak kali kedua ini juga menegaskan kerajaan Islam Kelantan wajib dipertahankan dan kelemahan yang ada perlu diperbaiki," katanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah pada program dua hari itu.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud; Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan dan Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Wan Muhammad Wan Othman.

Mohd Rejab juga menegaskan seluruh pondok mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari aliran Manhaj Iman Asyaari dan Imam Abu Mansor al Maturidi serta menolak segala aliran bertentang.

Ijtimak dan Sambutan 63 tahun Pondok Pasir Tumboh turut mempertahankan sistem pengajian thurath sebagai asas utama dalam kurikulum Pondok SeMalaysia.

Lebih 100 alumni Pondok Pasir Tumboh menghadiri ijtimak tersebut. Program itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan.

 - HARAKAHDAILY 
   16/10/2017
By Wak Labu Farm at October 17, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: alumni Pondok Pasir Tumboh, Islam PAS, Menteri Besar Kelantan, ulama
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Hine nye melayu dikace mate kaum cine...........
    Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
  • Keburukan UMNO dan keburukan PAS.
    Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
  • ISLAM PAS BODOH PIANG............
    Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
  • Kemenangan PAS dengan kelebihan 65 undi sahaja.
    PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
  • Mahkamah tetap 11 hari perbicaraan Muhyiddin berkait kes Jana Wibawa
    freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
  • PAS Berkorban Apa Sahaja ~~~~~~~~~~~~~~~Demi Menjaga Hati Dan Menjaga Perasaan DAP
    PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
  • Ape orang tue ni dah buat selame lebih kurang 22 tahun menerajui negare.............?
    22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
  • Patung wanita bersayap dibuang
    BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Exco tiada kuasa gantung tugas SUK, penasihat undang-undang, AGC sanggah MB
    3 days ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    2 months ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    5 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    2 months ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri
    3 days ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.