- @news
- June 10, 2020
KUALA LUMPUR: Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat.
Lontaran komen positif rakyat terhadap pentadbiran Muhyiddin dikongsikan di ruangan media sosial yang rata-ratanya berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sekarang berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Presiden Bersatu itu dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1 Mac lalu.
Antara langkah yang diambil beliau ialah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, mengumumkan peruntukan besar untuk pakej rangsangan ekonomi bagi menyelamatkan rakyat susulan PKP dan PKPB, umum pakej Prihatin Tambahan dan Penjana.
Mengulas maklum balas 100 hari pentadbiran PN, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan kerajaan sekarang bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang seperti PH yang sentiasa menyalahkan pentadbiran terdahulu.
Katanya, sepanjang PN mentadbir tiada langsung isu sentiviti kaum dan agama berlaku.
“Dapat dilihat gerak kerajaan PN yang lebih fokus dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Tiada isu sensitiviti membabitkan orang Melayu Islam yang dibangkitkan serta isu perkauman,” katanya seperti dipetik Harakah Daily.
Tambahnya, menteri kabinet lebih fokus kepada portfolio masing-masing dan tidak banyak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi.
Ini membolehkan Perdana Menteri dapat menguruskan pentadbiran dengan lebih baik dalam menyampaikan beberapa pakej usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas kerana Covid-19.
Jelas beliau, kejayaan yang sangat jelas kerajaan PN adalah menerusi tindakan proaktif dalam menghadapi Covid-19 yang turut mendapat pengiktirafan dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.