- Rezza Rahman
-June 13, 2020
Sebahagian pemimpin PKR mengkritik kenyataan Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik yang menyatakan usaha pembangkang bagi mengambil semula kerajaan persekutuan tidak boleh dibuat dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri ialah hak mutlak Anwar.
Menurut mereka, jawatan itu juga bukan hak mutlak Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Menteri Pendidikan itu dalam satu kenyataan semalam berkata: “Rundingan untuk ambil semula Kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula Kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.”
Katanya, kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah 91.
“Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak,’ katanya lagi.
“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor 2 dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini: Siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan 5 lagi kerusi yang berbaki? ,” kata beliau.
Bagi pemerhati, itu pandangan dari persepektif Dr Maszlee.
Namun, bagi penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrtahim, jawatan itu bukan hak mutlak ahli parlimen Langkawi itu.
“Setuju dengan Maszlee. (Jawatan itu) juga bukan hak mutlak Tun Mahathir,” kata Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Twitter.
Manakala Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Ab Razak berkata Anwar tidak akan berdiri sebagai calon tanpa pihak yang mencalonkannya.
“Saya setuju bahawa ia bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan itu hanya kepada Tun Mahathir?,” katanya dalam saatu kenyataan.
“Dalam hal ini, PH dengan komposisi 91 Ahli Parlimen sebulat suara menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri?” soalnya.
Semalam, Maszlee berkata bahawa jawatan perdana menteri bukan hak mutlak Anwar.
Malah menurutnya, tanpa Mahathir peluang PH untuk mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.
Kejatuhan Kerajaan PH pada Februari lalu antara lain disebabkan keluarnya Bersatu daripada gabungan itu dan peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri.
Kini, Mahathir masih berminat untuk menjadi perdana menteri untuk kali ketiga seolah-olah mahu memecahkan rekod dunia.
Pertama kali bekas pengerusi Bersatu dan presiden UMNO itu pernah menjadi perdana menteri adalah selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Kali kedua selama 22 tahun adalah dari Mei 2018 hingga Februari 2019 sebelum menjadi perdana menteri sementara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Home / Nasional ENAM kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham A...
-
Annabelle Lee dan Ng Xiang Yi Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau menyangka tuduhan skandal seks yang dikenakan terhadap...
-
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi perhatian banyak pihak selepas menghantar gambar dirinya bersama anggota kempen B...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 8:43 am Nga Kor Meng Berdepan kritikan penyokong akar umbi, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menulis ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Nov 23, 2022 2:44 PM Datuk Seri Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada Isni...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 8, 2022 2:04 PM Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berpendirian bahawa adalah tidak sopan bagi ...
-
Senior Editor “Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. Kata Khoo, British ha...
-
Mujahid Yusof BERITA ULASAN l Tular bahawa esok, 7 Februari, Umno akan buat keputusan pada mesyuarat majlis tertingginya sama ada akan ...
-
agendaily.com 10/12/2021 Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Mesyuarat Majlis Tertinggi...

NAK PECAH REKOD...KARANG PECAH PERUT ! INGAT2....
ReplyDelete