Monday, June 29, 2020

Sudah jelas Dr Mahathir mahu anaknya jadi PM – Ronnie

By Kasthuri Jeevendran
- 28 June 2020

Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa sedang cuba memecah belahkan Pakatan Harapan (PH) lagi untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti

Pendedahan beliau semalam jelas sekali mendedahkan agenda peribadinya untuk menaikkan anaknya, kata Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek, Ronnie Liu menerusi laman sosial Facebook beliau.

Menurut Ronnie, sudah terang lagi bersuluh, cadangan beliau mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri kesembilan itu hanya sekadar ‘penyamaran’ Dr Mahathir untuk lindung agenda sebenarnya.

“PH kini akan berdepan dengan keadaan bahaya berlakunya perpecahan kerana isu jawatan Perdana Menteri ini.

“Hakikatnya, walaupun andainya PKR bersetuju untuk cadangan Shafie menjadi Perdana Menteri sekalipun, beliau tidak mempunyai ‘angka’ untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Ini adalah fakta.

“Malah hubungan antara Warisan dan PH juga mungkin akan retak kerana perbincangan berhubung calon Perdana Menteri ini.

“Ini juga mungkin salah satu daripada agenda Tun Mahathir. Anda tidak akan sesekali tahu apakah sebenarnya dalam kepala dan fikiran ‘jahatnya’ itu,” tulis Ronnie.

Semalam, Tun Mahathir mendedahkan dirinya bersama-sama DAP dan Amanah serta Warisan bersetuju mencalonkan Shafie sebagai Perdana Menteri.

Dedah Tun Mahathir, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.

Kata Ahli Parlimen Langkawi itu, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Ujar Ronnie, dengan mencadangkan nama Mukhriz, pastinya Dr Mahathir akan sedaya-upaya memastikan anaknya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Anwar..

“Agenda Tun Mahathir dari awal lagi ialah memastikan Anwar tidak sesekali menjadi Perdana Menteri walau apapun.

“Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang tampil merasakan persepsi ini dan perasaan ini, Tun Mahathir telah buktikan apa yang saya katakan dan rasakan ini benar,” tegasnya. 

MalaysiaGazette

1 comment:

  1. sepatutnya PH tumpukan utk memperkuatkan serta memperkasakan parti2 dlm PH dan ikut aspirasi Pengerusi PH. Yang dok terhegeh2 dgn TDM tu pasai apa..bangang betui la DAP dan Amanah nie. Semua orang tak nak TDM tapi DAP dan Amanah terhegeh2 melutut dan memepertahankan TDM. Haprak politik betui la hampa nie.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-