Sunday, June 7, 2020

Talian hayat DAP, PH pada Tun M

 Home/Politik


DAP dan Pakatan Harapan (PH) perlu bergantung kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memastikan kesepakatan pembangkang tidak berpecah.

Malah, mereka juga dikatakan perlu bergantung kepada gandingan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gandingan mereka berdua disifatkan sebagai titik penyatuan parti komponen dalam PH dan sangat berisiko kepada pembangkang dalam misi merampas semula kerajaan.

Hal demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara, Senator Liew Chin Tong yang menyifatkan Dr. Mahathir dan Anwar sebagai pemimpin yang perlu ada bersama PH.

“Dr. Mahathir dan Anwar berlu bekerja bersama atau Muhyiddin akan menjadi pemenang besar jika 109 kerusi PH berpecah.

“Justeru kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr. Mahathir mempertahankan jumlah kerusi,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Walau bagaimanapun, selepas Dr Mahathir digugurkan keahlian dan jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hubungannya dengan Anwar dilihat dingin.

Hal berkenaan dilaporkan portal MalaysiGazette selepas beberapa siri pertemuan pemimpin parti komponen PH memperlihatkan kehadiran mereka bersama.

“Serentak itu juga, Anwar turut dilantik sebagai Pengerusi PH, iaitu jawatan yang sebelum ini disandang oleh Dr. Mahathir.

“Sejak itu, Presiden PKR dan Ahli Parlimen Langkawi tidak lagi dilihat bersama dalam sesi sidang media, sebagaimana sebelum ini,” lapor portal itu.

PH terus berhadapan dengan kemelut kepimpinan dalaman selepas pertukaran kerajaan berlaku menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, PH juga berlu berhadapan dengan lima pemimpin termasuk Dr. Mahathir, Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang digugurkan keahliannya daripada Bersatu. 
SM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-