Saturday, October 17, 2020

"Tolak Anwar, tolak DAP" - Hishammuddin pula bersuara

Senior Editor

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya mula bersuara selepas tular sepucuk surat kononnya Presiden parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Terbaharu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Perdana Menteri.

"Seperti yang dikatakan oleh Ahmad Zahid, beliau tidak boleh menghalang Ahli-Ahli Parlimen untuk menyokong Anwar.

"Tetapi jika surat itu benar, saya tidak mendapat maklumat, dan ini bukan pendirian saya (menyokong Anwar) sebagai Ahli Parlimen UMNO.

"Saya ingin menyatakan secara tegas bahawa saya tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya dalam entri di laman Twitter, pada Sabtu.

Dalam kemas kini saya, bekas Naib Presiden UMNO itu mengulangi pendirian bahawa beliau secara konsisten menolak Anwar dan DAP.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan bahawa jika surat tersebut benar, ia jelas tidak mewakili pendiriannya.

Terdahulu, dalam satu surat bertarikh 11 Oktober 2020, yang didakwa dihantar Ahmad Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa berkata, sokongan tersebut turut didukung ahli-ahli Parlimen UMNO.

Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.

Bagaimanapun, dua jam lalu UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat tersebut dan meminta semua pihak supaya tidak terpedaya dengan surat palsu berkenaan.

#Sumber : Astro

1 comment:

  1. Tolak pengkhianat mandat rakyat.. Kembalikan kerajaan rakyat. DSAI PM, YM KULI TPM

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-