Monday, November 23, 2020

Umno tidak mahu dipaksa terima PPBM, Khaled jawap laporan petik Annuar

FMT Reporters
-November 23, 2020 10:31 AM
Khaled Nordin.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tinggi Umno berkata parti itu tidak mahu dipaksa terima PPBM, mengingatkan parti rakan supaya memahami dan menghormati kedudukannya tentang hubungan dengan parti serpihan itu.

Katanya, Umno bukan dalam misi untuk memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.

“Hanya jauhari yang mengenal manikam,” kata Naib Presiden Khaled Nordin dalam kenyataan, mengulas laporan Malaysiakini memetik kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa.

Annuar, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno, dilapor berkata PAS tidak akan bersama Umno tanpa PPBM.

Khaled menepis Annuar itu sebagai “bukan jurucakap PAS”.

“Ia datang daripada seorang yang hanya ingin menyelamatkan PPBM dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” tambahnya.

1 comment:

  1. Diamlah lu khaled PETUALANG DUA MUKA! Mana lebih PENTING - PERPADUAN bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu atau KETAMAKAN/KEANGKUHAN RAKUS si PENIPU2 mcm. lu dlm.UMNO! PECAT si DALANG DUA MUKA ni - yg. terus menJAHANAMkan sy. GLC, BOUSTED!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-