Wednesday, December 23, 2020

ASNB umum agihan pendapatan terendah dalam sejarah, 5.00 sen seunit

Nora Mahpar
-December 23, 2020 10:59 AM


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengagihan bonus 0.75 sen seunit dibayar untuk 30,000 unit pertama kepada pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Zeti Aziz secara maya di ibu negara, hari ini.

Agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran pengagihan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit amanah.

Pendapatan itu dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah dana tetap berkenaan.
Zeti berkata, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran getir ekonomi global ekoran pandemik COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, PNB kekal fokus terhadap strategi jangka panjang, yang memberi jaminan pulangan mampan.

“Kepelbagaian inisiatif yang dilaksanakan berjaya menghasilkan pulangan positif, sekali gus membantu melonjakkan PNB untuk terus mengukuhkan cabang pelaburan yang berdaya saing,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-