Thursday, December 10, 2020

Rekod baru 2,234 kes Covid-19, 3 kematian

FMT Reporters
-December 10, 2020 6:28 PM

PETALING JAYA: Sebanyak 2,234 kes baru Covid-19 dan tiga kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Rekod sebelum ini ialah 2,188 kes baru yang dicatatkan pada 24 Nov lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,112 pesakit pulih hari ini, menjadikan semuanya 66,236 kes sembuh daripada keseluruhan 78,499 kes Covid-19.

Beliau berkata, jumlah kes hari ini terdiri daripada 2,229 kes penularan tempatan dan baki lima kes import.

“Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,428 kes, diikuti Sabah (274 kes), Kuala Lumpur (136 kes), Perak (115 kes) dan Johor (100 kes),” katanya dalam kenyataan.

Hisham berkata, Perlis dan Labuan tidak melaporkan sebarang pertambahan kes positif hari ini.
Katanya, seramai 11,867 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara, dengan 60 daripada 124 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, jumlah kematian meningkat kepada 396 kes, selepas tiga warganegara meninggal dunia hari ini.

Dua daripada kematian itu berlaku di Sabah dan satu lagi di Labuan membabitkan pesakit berumur 26 hingga 72 tahun, di mana dua daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-