Monday, December 7, 2020

UMNO gali kubur sendiri jika bekerjasama dengan PH-DAP

Siti Hafidah
ismaweb.net
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

MN akan terkubur bila UMNO lupa diri, terus bersikap rakus


BANGI, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – UMNO ibarat menggali kubur sendiri jika bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk parti tamak haloba DAP – bagi membentuk kerajaan baharu di Perak, sekiranya jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.

Langkah itu bukan sahaja merugikan parti Melayu itu, bahkan menampakkan lagi UMNO sebagai sebuah parti yang hanya mengejar kedudukan dan tidak berprinsip di mata rakyat.

Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman yakin bahawa Muafakat Nasional (MN) akan terkubur sendiri tidak lama lagi sekiranya UMNO terus lupa diri dan kembali bersikap rakus.

“Kerjasama UMNO dengan pembangkang khususnya DAP akan merugikan UMNO. Ia seperti menggali kubur sendiri.

“Langkah itu menampakkan UMNO parti yang hanya kejar kedudukan dan tidak berprinsip.

“Sedangkan sebelum ini kita bersetuju dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) supaya dapat selamatkan negara dari malapetaka yang dibawa Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada Ismaweb.net hari ini

Dengan kemelut politik yang berlaku sekarang, pemimpin gerakan Islam itu meluahkan kebimbangan terhadap kemungkinan UMNO akan lupa diri apabila hasrat menjadi kerajaan semula semakin menjadi kenyataan.

“Baru beberapa bulan jadi kerajaan, UMNO sudah mula rasa sihat semula. Bukan sahaja sanggup telan ludah sendiri apabila sanggup berbaik dengan DAP dan PKR, bahkan mula lupakan PAS yang sanggup memberi talian hayat waktu UMNO sedang nazak,” katanya.

Sebelum ini, terdapat ura-ura menyatakan UMNO akan membentuk kerjasama dengan PH dan DAP di Perak, malah Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan turut tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik sebagai berkata PAS mahu mempertahan kerajaan PN di Perak dan enggan menyertai kerajaan baharu yang akan dibentuk susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu).

Daripada 59 ADUN, 10 menyokong usul berkenaan manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagian yang ditetapkan Speaker, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, BERSATU (lima), PAS (tiga), DAP (16), PKR (tiga), PAN (lima) dan masing-masing satu Gerakan dan Bebas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-