FMT Reporters
-January 17, 2021 6:23 PM
PETALING JAYA: Sebanyak 3,339 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,324 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.
Selangor terus melaporkan kes positif tertinggi dengan 1,314 kes, diikuti Sabah (393), Johor (362), Kuala Lumpur (334) dan Negeri Sembilan (236).
“Bagi kes penularan dalam negara, 2,292 kes adalah warganegara dan 1,032 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 158,434 kes.
Ketika ini, 37,782 sedang dirawat, dengan 240 di ICU dan 93 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, 2,676 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 120,051.
“Dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 601.
“Lapan kematian membabitkan enam warganegara manakala satu lagi bukan warganegara,” kata Hisham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh BERNAMA Februari 10, 2025 @ 7:43pm Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. - Foto fail NS...
-
suara.tv By Janatul Firdaus Yaacob 06/02/2025 KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan membeli jet pejuang terpakai dari Kuwait mencetuskan pertika...
-
harakahdaily.com February 6, 2025 Buka jalan kepada lebih banyak provokasi terhadap Islam? KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaska...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 9, 2025 9:15 PM Empat imam Perak digantung tugas dan elaun mereka ditahan kerana tidak membaca khutbah Ju...
-
MalaysiaNow Februari 8, 2025 Dua peguam mempersoalkan alasan menteri belia dan sukan itu yang menjadi sasaran kritikan kerana hadir di mahk...
-
hmetro.com.my Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my BEBERAPA gelandangan termasuk wanita dikesan menghuni ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 8, 2025 9:48 AM Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh tidak bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Anwar ...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Februari 9, 2025 Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (kiri) dan Ketua Pemuda DAP, Woo...
-
harakahdaily.net February 7, 2025 Garis panduan belum siappun sudah ditentang KUALA LUMPUR: Menentang cadangan garis panduan penglibatan uma...
-
harakahdaily.net February 8, 2025 Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani terus mencetuskan kontroversi apabila mesyua...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.