Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, January 19, 2021

Darurat: Agong ada kuasa ambil milikan sementara aset swasta, individu untuk perangi COVID-19

bharian.com
Oleh Saadiah Ismail dan Nor Azizah Mokhtar 
bhnews@bh.com.my
- Januari 19, 2021 @ 8:15am

KETUA Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir (kanan) ketika sesi Bicara Naratif.

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih daripada mana-mana pihak yang bersesuaian untuk memerangi jangkitan COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata perkara itu jelas mengikut Seksyen 3 sehingga 5 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

"Ini terpaksa dilakukan kerana kerajaan tidak boleh berlengah dalam membuat perkiraan dengan pihak swasta untuk menggunakan premis perubatan swasta serta sumber mereka, utiliti dan juga aset.

"Selain itu, pengkuatkuasaan peraturan berkenaan kawalan penularan pandemik ini boleh disegerakan, tanpa urusan birokrasi dan peraturan yang menyukarkan.

"Walaupuan tidak dapat dinafikan Akta 342 sudah memperuntukkan kuasa tertentu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak swasta, kuasa itu tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Naratif bertajuk Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021: Strategi Penting Memerangi COVID-19, malam tadi.

Pogram yang disiarkan di TV1 RTM itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai panel jemputan.

Mengulas lanjut, katanya semua pihak perlu mematuhi arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberikan kuasa oleh baginda untuk menggunakan sumber seperti sumber manusia dan bangunan, dapat digunakan sebagai satu kemudahan.

"Selain utiliti dan aset, sekarang ini yang penting adalah sumber manusia akan dapat diberikan daripada semasa ke semasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM), yang mana perkara ini tidak wujud dalam Akta 342.

"Sebab itu kita perlukan Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan) untuk memastikan kerjasama daripada individu, syarikat dan sesiapa sahaja yang mempunyai kemudahan itu, dapat diberikan kepada kerajaan," jelas beliau.

Katanya lagi, isu pengambil alihan itu bukan bermakna diambil secara tetap tetapi ia adalah perpindahan sementara yang mana ia membabitkan taksiran atau pampasan untuk segala kemudahan yang digunakan kerajaan.

"Sekiranya individu atau syarikat itu tidak berpuashati atau enggan memenuhi keperluan kerajan itu, mereka boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dalam kedudukan sekarang yang mana rakyat Malaysia sangat sensitif dengan penambahan jumlah jangkitan semasa COVID-19 yang mencecah jumlah 160,000 dengan kes aktif lebih 38,000, maka musuh (COVID-19) berada di sekeliling kita.

"Kita tahu di peringkat ini, kemudahan hospital kerajaan tidak mencukupi dan jika tiada orang membantu, negara kita akan menjadi padang jarak padang tekukur," kata beliau.

Justeru, katanya menerusi peruntukan mengikut Perkara 150 itu, kerjasama daripada individu dan swasta dapat dilaksanakan seterusnya berjaya mengurangkan isu berkaitan ketidak cukupan aset, tenaga manusia untuk menguruskan kesihatan serta peralatan.

Kata beliau, pihaknya dimaklumkan hampir 300 hospital swasta di negara ini mulai cenderung untuk membantu dalam hal-hal berkaitan aset dan keperluan berkaitan Seksyen 3 hingga 5 Ordinan Darurat itu.

3 comments:

  1. MONOREL - SESAK tanpa perlaksanaan SOP PKP!!

    Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR PN ni - lepas tu nak buat DARURAT pula lagi!!

    Lihat di -
    https://www.mole.my/kl-under-mco-but-monorail-packed-to-the-brim-during-rush-hour/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahkan disyaki, ada MO amat JAHAT oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN PARASIT ni - utk. sengaja biaqkan keadaan mcm. MONOREL ni & INDUSTRI2 yg. MENYEBARkan & MENINGKATkan WABAK Covid-19 ni secara amat DRASTIK, melalui PEKERJA2 ASING @ PATI2 depa, utk. terus berOPERASI, walau semasa PKP - utk. mengHALALkan PKP yg. berlansungan, utk. MENYALAHkan majoriti RAKYAT yg. PATUH akan SOP, dan juga mengHALALkan DARURAT POLITIK jijik rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN amat ZALIM, TAMAK, BUAS, RAKUS, FASIS, RASIS & PENIPU ni!!

      Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/18/kerajaan-pnipu-menipu-rakyatkerajaan-pnipu-mengkhianati-rakyat-kerajaan-pnipu-sengaja-biarkan-kes-covid-merebak-untuk-justifikasi-darurat/

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-