Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, January 19, 2021

Anwar lebih utamakan politik peribadi berbanding kepentingan rakyat

by1Media.my
-January 19, 2021


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi berbanding kepentingan rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Rafiq Abdullah berkata, dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik COVID-19, Anwar sepatutnya perlu bersama-sama berganding bahu membantu dan melupakan soal politik serta kuasa untuk sementara waktu.

“Jika kita perhalusi tindakan Anwar selama ini, beliau hakikatnya lebih mengutamakan soal agenda politik peribadinya berbanding kepentingan rakyat.

“Pada masa rakyat sedang bergelut dengan pelbagai masalah terutama ekonomi yang terjejas akibat pandemik, beliau tidak habis-habis dengan usaha untuk merebut kuasa.

“Sebelum ini, beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong kononnya sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen dan terkini mahu mencabar keputusan darurat yang dibuat baginda di mahkamah pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Anwar berkata, pengisytiharan darurat disifatkan seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

Dalam pada itu tegas Mohd Rafiq, Anwar sepatutnya bersabar dan menunggu pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya yakin, setelah kes jangkitan COVID-19 ini semakin menurun dan pulih, Perdana Menteri akan melaksanakan PRU untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan yang stabil dan kuat.

“Namun, tindakan Anwar seolah-olah menggambarkan beliau tidak hormat terhadap keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dalam usaha negara untuk mengekang penularan COVID-19.

“Memang Perdana Menteri dan jemaah menteri yang menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan itu berdasarkan keadaan negara yang dilanda pandemik supaya kerajaan boleh menumpukan perhatian terhadap usaha mengekang penularan jangkitan,” ujarnya.

Tegasnya, Anwar perlu tahu bahawa keputusan darurat bukan hak Perdana Menteri tetapi Yang di-Pertuan Agong setelah mengkaji dengan teliti nasihat yang diberikan jemaah Menteri.

Justeru katanya, tindakan Anwar yang mahu mencabar keputusan darurat di mahkamah adalah bukti beliau mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukannya Perdana Menteri.

“Jadi saya minta Anwar dan pembangkang tidak membuat tuduhan bukan-bukan terhadap kerajaan, kononnnya darurat semata-mata untuk Muhyiddin mengekalkan kuasa dan sebagainya.

“Hakikatnya, apa yang kita lihat berdasarkan tindakan Anwar sejak kebelakangan ini adalah bukti beliau terdesak mahukan kuasa sehingga tidak mempedulikan keadaan negara dan kepentingan rakyat.

“Lebih terdesak bila Anwar cuba mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong pula,” tegasnya. 

5 comments:

  1. Diamlah lu BERSATU liberal PENIPU!! Kau tu makin JAHAT mcm. DAP PARASIT!!

    PECAT Annuar KULI HINA si Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - dr. UMNO segera!!

    Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan berdasrkan UBDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3)- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

    Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

    Lihat di -
    https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis2 nak memPERGUNAkan & MENIPU Kesultanan Melayu kita!!

      Lihat PENDERHAKA2 sebenarnya pd. KESULTANAN Islam/Melayu kita SEKARANG, iaitu si DIKTATOR muhyiddin & rejim BERSATU liberal-PN dia!!

      Maka, DYMM SPB YDPA mesti MEMECAT si PENDERHAKA2 Muhyiddin sbg. PM yg. telah hilang MAJORITI sokongan di DEWAN RAKYAT, serta PEGUAM NEGARA paling TAK GUNA tu!!

      Di -
      http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/kesilapan-institusi-raja-raja-melayu.html?m=1

      Delete
  2. DYMM SPB YDPA - PERKENANkan DARURAT sbb. atas NASIHAT penipu si DIKTATOR Muhyiddin, si BANGANG oi!!

    Maka,kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN?!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN: DYMM SPB YDPA - PERKENANkan DARURAT sbb. diTIPU & diPERANGKAP oleh NASIHAT si DIKTATOR Muhyiddin, si BANGANG oi!!

      Maka,kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN?!

      Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

      Delete
    2. Lihat lagi di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/19/darurat-hanya-untuk-gantung-parlimen-dan-tiada-pilihanraya-apa-kena-mengena-dengan-memulihkan-covid-kerajaan-pnipu-gila-kuasa/

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-