Saturday, January 30, 2021

Rekod tertinggi 5,728 kes baru Covid-19, 13 kematian

FMT Reporters
-January 30, 2021 6:33 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 5,728 kes baru Covid-19 dan 13 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia berbeza lebih tiga kes berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 3,805 pesakit pulih dalam tempoh sama, menjadikan 161,527 kes sembuh daripada keseluruhan 209,661 kes Covid-19 setakat ini.

Daripada jumlah kes baru itu, 5,723 kes ialah penularan tempatan dan baki lima kes import.

Terdapat 47,388 kes aktif dengan 120 daripada 319 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Hisham berkata, Selangor mendahului negeri lain dengan merekodkan 3,285 kes baru.

Ia diikuti Johor (792), Kuala Lumpur (480), Sabah (263), Sarawak (191), Negeri Sembilan (158), Perak (112), Pulau Pinang (101), Kedah (99), Terengganu (85), Pahang (51), Melaka (42), Labuan 29), Kelantan (28) dan Putrajaya (12).

Perlis tidak melaporkan sebarang kes baru hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-