Monday, January 25, 2021

Semua kena sepakat jika mahu lihat UMNO kembali gagah – Shamsul Anuar Nasarah

mykmu.net.
January 25, 2021

Semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional (BN) semua peringkat mahu parti kembali gagah seperti sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yakin ia dapat melakukannya dengan syarat semuanya mesti bersepakat, menjaga perpaduan dan menumpukan usaha memperkukuhkan parti.

Semua juga perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dengan memberi tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat, katanya.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN menjelaskan, sebagai pemimpin, mereka perlu mendekatkan diri dengan rakyat.

“Bila kita mendekati rakyat. Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan di semua peringkat. Berbeza pandangan boleh. Keterbukaan memang amalan parti namun tiada maknanya keterbukaan jika merosakkan parti.

“Oleh itu, kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa sahaja hingga memberi kesan negatif kepada parti,” katanya yang dipetik menerusi Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Shamsul Anuar, paling penting ialah semua peringkat dalam parti bagi memastikan apa sahaja yang dilakukan itu menguntung dan memberikan kebaikan pada UMNO serta BN.

 MG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-