Monday, January 25, 2021

UMNO akan bangkit pada PRU15 – Zahid Hamidi

mykmu.net
January 25, 2021


SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan bahawa UMNO akan bangkit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kembali berkuasa semula.

Beliau berkata, kejatuhan UMNO dalam PRU yang lepas tidak menghalang parti tersebut untuk bangun dan berjuang semula sebagai parti pembangkang.

“UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.

“UMNO berusaha bangkit dan Insya-ALLAH kebangkitan UMNO sedang berlaku.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut di tepi gantang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, parti berkenaan mempunyai pendekatan baharu bagi menjamin kedudukan UMNO.

“UMNO bukan parti tidak sedar diri. UMNO bukan parti lemah. UMNO tahu apa yang sepatutnya UMNO tahu.

“Bertawakal pada Tuhan – UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-