Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, January 28, 2021

Tidak mustahil PRU-15 sebelum Ogos, kata Annuar

malaysiadateline.com
Oleh ARIF ATAN 
January 28, 2021 4:32 pm


Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepas itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berharap partinya memenangi PRU tersebut.

“Tidak mustahil PRU-15 boleh berlaku sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepasnya.

“Justeru, yang paling utama bagi kita ahli Umno ialah memastikan Umno memenangi PRU itu, atau sekurang-kurangnya Umno adalah part of the winning team,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Menggunakan perlambangan kapal yang belayar, Annuar mengingatkan tanggungjawab para pemimpin Umno untuk mengemudi ke arah kejayaan bukan ke arah menghancurkan.

“Sementara para juragan terus mendayung, bekerja kuat sepasukan membawa parti ke destinasinya,” kata Ahli Parlimen Ketereh berkenaan.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu dianggap sebahagian akar umbi partinya sebagai tali barut dan jurucakap Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang mula aktif dalam Umno sejak 40 tahun lalu itu turut menasihatkan parti tunjang komponen BN itu agar tidak sombong dan bongkak.

“Jangan hasad, jangan pepat di luar rencong di dalam. Jangan depan lain, belakang lain.

“Berkata benar, berterus terang serta sabar apabila difitnah. Insya-Allah, kebenaran dan kemenangan menanti di hadapan.

“Yang penting, Umno selamat, kekal diyakini dan disayangi rakyat,” tambahnya lagi.

Pada 6 Januari lalu, Annuar mendedahkan surat sokongan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 11 Oktober 2020 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Annuar sebelum ini bertegas mempertahankan keputusan MKT Umno iaitu ‘No DAP, No Anwar ‘.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-