Monday, February 1, 2021

4,214 kes baru Covid-19, 10 kematian

FMT Reporters
-February 1, 2021 6:28 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4,214 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 5,298 kes sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 4,280 pesakit sembuh dalam tempoh sama, menjadikan 170,329 kes pulih daripada keseluruhan 219,173 kes Covid-19.

Daripada jumlah kes baru itu, 4,205 kes penularan tempatan dan sembilan lagi kes import.

Sepuluh kematian yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 770 kematian.

Terdapat 48,074 kes aktif ketika ini, dengan 137 daripada 316 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor dan Johor antara negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu melebihi 1,000 kes.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,362 kes, diikuti Johor (1,068) dan Kuala Lumpur (702),” katanya dalam kenyataan.

Sabah mencatatkan 276 kes baru, disusuli Perak (193), Pulau Pinang (119), Sarawak (105), Negeri Sembilan (91), Melaka (85), Kelantan (57), Pahang (54), Kedah (47), Terengganu (38), Putrajaya (10) dan Labuan (7).

Katanya, Perlis tidak melaporkan sebarang kes baru hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-