Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Sunday, February 28, 2021

Terima wakil rakyat PKR gambaran PM terdesak, kata BN Selangor

projekmm.com
Ahad, 28 Feb 2021 05:51 PM MYT

Oleh Hasbullah Awang Chik

Dua wakil rakyat PKR hari ini mengadakan pertemuan dengan perdana menteri bagi menyatakan sokongan mereka kepada PN. — Foto ihsan Facebook/Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Sokongan dua ahli parlimen PKR kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan keadaan terdesak perdana menteri, kata Isham Jalil.

Ketua penerangan Barisan Nasional Selangor berkata Muhyiddin yang mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sememangnya pakar dalam menarik sokongan lawan.


“Langkah dua ahli Parlimen PKR melompat parti menyokong Muhyiddin hari ini tentunya didorong oleh keadaan terdesak Muhyiddin dan konco-konconya untuk mengekalkan kuasa dengan membuat apa sahaja.

“Muhyiddin tahu beliau tidak lagi boleh mengelak daripada berhadapan dengan ahli-ahli Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Oleh itu, sebelum Parlimen dibuka, Muhyiddin perlu sekurang-kurangnya mendapatkan majoriti mudah 112 ahli Parlimen untuk menyokongnya daripada hanya 110 orang ahli Parlimen yang beliau ada sekarang,” katanya.

Dua wakil rakyat PKR hari ini mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN).

Sokongan dua ahli parlimen itu membantu Muhyiddin mendapat sokongan mudah untuk kekal menjadi perdana menteri.

Isham berkata penyertaan dua wakil rakyat terbabit menyerlahkan kepakaran PPBM dalam menarik sokongan pemimpin wakil parti lawan.

“Dari dahulu kita sudah lihat PPBM inilah yang menjadi punca ketidakstabilan politik di Malaysia dengan banyak kejadian lompat-melompat parti dan mandat rakyat dikhianati.

“Sehingga hari ini mereka PPBM sudah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 ahli Parlimen melompat parti, tidak termasuk dua ahli Parlimen yang melompat parti hari ini.

“Selagi PPBM berkuasa, politik di Malaysia tidak akan stabil, dan mandat rakyat akan sentiasa dikhianati untuk kepentingan diri dan pengekalan kuasa dan jawatan mereka.

“Muhyiddin mungkin selamat hari ini dengan bantuan dua lagi ahli Parlimen khianat dan pelompat parti untuk menambah lagi jumlah pengkhianat dalam PPBM dan PN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-