-February 28, 20210
APAKAH Muafakat Nasional (MN) yang disepakati hampir tiga tahun ini antara UMNO dan Pas kini ibarat retak menanti belah? Dengan pelantikan pengerusi-pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri melibatkan PAS dan Bersatu termasuk di Selangor, Terengganu dan Kedah, adakah orang UMNO, apa lagi ahli Pas maklum akan risiko kepada MN? Cuma belum isytihar ‘bubar’ sahaja lagi. Seingat saya, kerajaan campur an Pas-Perikatan yang ber jaya dimeterai adalah pada 1974. Ia merupakan cetusan idea Per dana Menteri kedua, Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO.
Tun Razak antara lain mahu melihat umat Melayu-Islam bersatu. Syiar Islam pula ditegakkan dalam pemerintahan negara. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-4 itu (1974) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 135 kerusi parlimen termasuk 47 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. Parti pembangkang yang kuat waktu itu, DAP hanya memenangi sembilan kerusi Parlimen. Masa berlalu, 45 tahun kemudian, dua parti Melayu terbesar ini - PAS dan UMNO - bertaut kembali. Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kuantan pada 22 Jun 2019 sebulat suara meluluskan usul memeterai kerjasama dan perjanjian politik dengan UMNO.
Ya, sejarah silam diadunkan dengan masa kini, banyak teladan dan iktibar singgah di benak kiran, lubuk hati. Namun, dengan perkembangan terbaharu hari ini menyaksikan Bersatu muncul sebagai parti ketiga yang khabarnya ‘menggugat’ UMNO dalam kesepakatan MN bersama Pas, adakah masih ada cahaya di hujung terowong untuk melihat teras Islam-Melayu antara UMNO + Pas + Bersatu meniti ambang saingan sengit Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti?
Tempoh hari gabungan Pakatan Harapan (PH) sudah ‘ketaq lutut’ dengan kerjasama UMNO-Pas ini yang dilabel suatu polisi ‘bumi hangus’. Lebih mengejutkan lagi mereka menggelar kesepakatan itu ‘menyasarkan orang bukan Melayu dan bakal menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban’. Saya sendiri tidak ada jawapannya. Namun bila pergi agak terperinci, rupa-rupanya didapati sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang dimenangi PH dalam PRU-14 tempoh hari akan ‘bermasalah’ dalam PRU-15. Ia seandainya ‘tiada sebarang cacat cela’ dalam kesepakatan PasUMNO serta Bersatu sebagai ‘pendatang baharu’ dalam saingan, asalkan hanya dua penjuru kelak. 30 kerusi berkenaan melibatkan:

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.