Monday, April 12, 2021

Cuba rebut jawatan presiden, Zahid beritahu KJ selepas diminta letak jawatan

freemalaysiatoday.com
Hakimie Amrie Hisamudin
-April 12, 2021 5:19 PM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, Khairy Jamaluddin tidak berhak meminta sesiapa meletak jawatan.

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin, yang tewas dalam pemilihan jawatan presiden Umno, tidak berhak meminta sesiapa meletak jawatan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata demikian selepas menteri kerajaan Perikatan Nasional itu mengulas bahawa kedudukannya sebagai presiden tidak dapat dipertahankan lagi, susulan penyebaran rakaman perbualan yang dikatakan antara beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Khairy berkata, rakaman itu menyebabkan ramai individu dalam parti sangat tidak selesa, dan menggesa pemilihan parti yang dijadualkan pada Jun diadakan segera.

“Khairy sama sekali tidak berhak meminta saya atau orang lain letak jawatan,” kata Zahid kepada FMT selepas satu majlis perasmian hari ini.

“Khairy pernah bertanding jawatan presiden tetapi tak menang. Sekiranya beliau rasa boleh bantu perkuatkan parti, beliau harus cuba semula,” katanya.

Zahid menewaskan Khairy pada pemilihan Jun 2018.

Anwar dan Zahid menafikan rakaman audio itu dan berkata, laporan polis akan dibuat berhubung perkara berkenaan.

Pada Perhimpunan Agung 2020 (PAU2020), Zahid dilaporkan berkata, MKT memutuskan untuk “Tolak PPBM, Tolak Anwar, Tolak DAP” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zahid, yang sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah, menepis desakan supaya berundur, sambil menegaskan beliau dipilih secara demokratik dan belum didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-