Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, April 7, 2021

Rakaman audio: Papagomo gesa MT Umno mesyuarat dengar jawapan Zahid

malaysiakini.com
Diterbitkan 7 Apr 2021, 10:10 pm

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno segera bermesyuarat berhubung audio yang didakwa perbualan antara Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, Presiden Umno itu perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada MT.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu segera bermesyuarat bagi mendengar jawapan Datuk Seri presiden berkenaan surat sokongan dan perbualan telefon Anwar Ibrahim," katanya di Facebook.

Selain itu Papagomo juga mencabar Ahmad Zahid agar segera membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

"Dah jam 8 malam, Datuk Seri Zahid Hamidi dah buat laporan polis atau belum berkenaan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan laporan polis berkenaan klip suara perbualan beliau dan Anwar Ibrahim?

"Berani kerana benar, di PAU 2020 tempoh hari Datuk Seri Zahid cabar semua menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan.

"Sekarang saya cabar Datuk Seri Zahid buat laporan polis bagi mengesahkan sama ada dua yang disebutkan di atas itu sahih atau palsu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menafikan rakaman audio berkenaan dan mengarahkan agar laporan polis dibuat oleh pegawainya.

Ini selepas tersebar rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dan Anwar berlegar di dalam talian.

"Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of thing ini,” katanya.

Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, kedua-dua suara berkenaan kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu.

PAU antara lain memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu serta memberi mandat kepada presiden dan MT Umno untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat memastikan ketulenan rakaman audio berkenaan.

Sementara itu, Papagomo menerusi Facebooknya turut menyiarkan warkah yang ditulis Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di mana anggota parlimen Port Dickson itu mendakwa memperoleh sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Selain itu dia juga menyiarkan surat yang didakwa ditulis oleh Ahmad Zahid terhadap Seri Paduka Baginda bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Untuk rekod, jurucakap Zahid sebelum ini menafikan kewujudan surat berkenaan.

"Pihak Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu bertindak.

"Sokongan kepada Anwar Ibrahim ini telah membelakangkan MKT dan ahli Umno seluruh negara.

"Umno perlu diselamatkan dari hancur dek kerakusan kuasa tembolok individu tertentu. Jika tak benar mohon Presiden Umno Datuk Seri Zahid buat laporan polis agar polis menyiasat kebenarannya," kata Papagomo.

4 comments:

  1. Kalau pun UMNO ada berunding dgn. PKR - apa SALAHnya?! Sdgkan rejim DIKTATOR muhyiddin/parti PENYAMAQ bukan lagi Pribumi, iaitu, BERSATU Parasit NAZI pun diKUASAI bekas2 HOMO PKR!!

    HIPOKRIT betul BANGKAI ANJING Bersatu ni & PENJILAT2 HANYIR depa dr. UMNO!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jadi kes PEMALSUAN nama DIKTATOR muhyiddin ni, PDRM/JPN/PEGUAM NEGARA Bersatu Parasit NAZI oi - sampai PENGEDAR DADAH dr. SABAH boleh diBEBASkan oleh HAKIM akibat nama PALSU muhyiddin ni?!!

      Hampa ingat
      UNDG2 NEGARA mcm. SAMPAHkah & KEPALA2 BAPA hampa punya???!!

      Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/07/nama-sendiri-di-palsukan-mp-orang-di-katak-kan-parlimen-rakyat-di-tutupkan-isteri-orang-kan-kan-kan/

      Delete
  2. Tgk. lagi PENIPUAN amat JIJIK terhdp. projek KERETAPI LAJU (ECRL) ke PANTAI TIMUR (diTUBUHkan oleh mantan PM AGUNG, YAM DS Najib terCINTA kita) - oleh rejim DIKTATOR mahiaddin/parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi Pribumi, yg. diKUASAI oleh bekas2 HOMO PKR, iaitu BERSATU Perompak NAZI!!

    Apa juga akan jadi pd. HARTANAH2 amat BERNILAI, yg. mungkin $berBILLION, yg. telah diBELI oleh KERAJAAN BN, utk. membina STESYEN2 & LANDASAN2 ECRL yg . diBATALkan PEMBINAAN ni - adakah akan diROMPAK oleh geng PEROMPAK Bersatu NAZI ni?!

    Atau diJUAL pd. PEMAJU2 DAPpengganas - yg. akan membina projek2 PERUMAHAN di kawasan2 MAJORITI bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita di PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN - utk. kemungkinan diPENUHkan dgn. PENGUNDI2 DAP Parasit ZIONIS?!!

    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kos-asal-masa-bn-rm55-bilionkos-ph-rm44-bilion-tapi-dipendekkan-stesen-dikurangk/10157808969620952/

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-