Thursday, April 1, 2021

‘Umno ada maruah dan harga diri, bukan hamba untuk dibuli diganyang’, kata Zahid

FMT Reporters
-April 1, 2021 10:52 PM

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perjuangan sebenar Umno adalah nasib agama, bangsa dan tanah air.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mempunyai maruah dan harga diri, serta bukan hamba yang mudah untuk dibuli dan diganyang.

Disebabkan itu juga katanya, akar umbi dan perwakilan memberikan mandat meminta Umno menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional serta menggesa Ahli Parlimen Umno meletakkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.

“Saya akui selama ini saya diminta untuk membubarkan Umno. Parti ini sudah berusia 75 tahun dan jasanya buat agama, bangsa dan tanah air tidak ternilai.

“Kedegilan saya membubarkan Umno menyebabkan saya kini berdepan laluan yang amat sukar,” katanya dalam Facebook.

Zahid ketika pada ucapan penagguhannya pada perhimpunan agung Umno Ahad, berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk bila PRU15 akan diadakan.
Zahid yakin apabila Umno keluar daripada kerajaan PN, pemimpinnya yang menjadi menteri dan yang memegang jawatan kanan lain dalam kerajaan akan mendukung keputusan berkenaan dan menarik diri.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nazri Aziz, turut menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi.

Dalam pada itu, Zahid berkata beliau sedar beliau antara ahli politik yang berdepan pertuduhan paling banyak di Malaysia kerana enggan tunduk dengan desakan untuk membubarkan Umno.

“Saya juga tahu, kedegilan itu menyebabkan saya tidak dilantik sebagai menteri. Tetapi, itu bukanlah perjuangan saya.

“Perjuangan sebenar adalah tentang nasib agama, bangsa dan tanah air yang akan diteruskan. Jika menurut perintah bubarkan Umno, semuanya akan musnah,” katanya.

2 comments:

  1. Lihat KEZALIMAN, PENINDASAN & PENGANIAYAAN amat KEJI,RASIS & FASIS yg. berterusan ke atas Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu kita dr. UMNO - di bawah Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN amat PENIPU, BANGSAT, RASIS & FASIS ala-Barat/Zionis yg. dah diKUASAI habis2an dgn. amat RAKUS oleh puak2 NAZI anti-ISLAM/UMATnya dr. PENJAJAH2 Zionis Parasit BERSATU liberal BUKAN parti Pribumi lagi/DAP BANGKAI!!

    Di -
    http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/zahid-kluster-mahkamah-atau-mangsa.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Lihat BUKTI2 akan PENIPUAN amat KEJI oleh KETUA POLIS NEGARA Penjahat PH PARASIT Zionis & bekas KP SPRM Parasit, Abu Kassim (skrg. si mamat PENIPU ni, salah seorg. Penasihat tertinggi NGO Barat/Zionis, International Anti-Corruption Academy di Austria), yg. MENYEMBUNYIkan jho low & Nik Faisal, spt. yg diDAKWA oleh YM Raja Petra dr. Malaysia Today - yg. terus diABAIkan oleh HAKIM2 yg. TAK berINTEGRITI & PEGUAM NEGARA paling TAK GUNA tu!!

    Lihat di -
    https://www.malaysia-today.net/2020/08/01/abu-kassim-hid-nik-faisal-in-indonesia/

    NOTA: Sampai skrg. kedua2 mamat KPN & Abu Kassim ni - punya TAKUT nak buat REPOT2 POLIS ke atas YAM Raja Petra atas DAKWAAN2nya ni!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-