Wednesday, May 19, 2021

Kes cecah 6,000, rakyat desak kerajaan laksana ‘total lockdown’

ismaweb.net

Sistem kesihatan dah tenat, tapi kerajaan masih bimbangkan ekonomi


BANGI, 7 Syawal 1442H, Rabu – Bimbang terhadap peningkatan mendadak kes harian COVID-19 hari ini, rata-rata rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik menguatkuasakan ‘total lockdown’ di seluruh negara.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,075 kes jangkitan baharu hari ini, dengan Selangor kekal pada angka tertinggi iaitu 2,251 kes.

Jumlah terbaharu itu adalah yang paling tinggi dilaporkan sejak negara berdepan kes penularan pandemik berkenaan tahun lalu.

Atas sebab itu, lebih 2,000 netizen hari ini ‘menyerang’ laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendesak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat seperti Mac 2020.

“Total lockdown Datuk. Selagi tak total lockdown, kes semakin meningkat. Takkan kita nak tengok ramai terkorban baru nak total lockdown. Shutdown semua sektor dalam dua minggu,” kata Drag Jempol.

“Lockdown satu Malaysia! Fully lockdown! Buat macam PKPD! Aku peniaga kecil, aku sanggup susah sementara dari hidup macam ini sampai bila-bila. Come on Tan Sri,” tulis Aidil Affandy Shamsul Bharin.

Turut senada dengan yang lain, Alinz Yu berkata, kerajaan perlu menutup semua sektor ekonomi sementara dan hanya memberi ruang kepada sektor penting sahaja.

“Malaysia di ambang kritikal dek kerana kerajaan yang tidak pedulikan kesihatan rakyat,” kata Jai Shah.

“Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor tinggi macam itu pun masih tak nak ikut nasihat KKM untuk PKP penuh? Ekonomi masih lagi penting daripada sistem kesihatan yang dah tenat?,” kata Azean Izwani.

Bukan hanya dibanjiri komen desakan untuk dilaksanakan ‘total lockdown’, ruangan Facebook Dr Noor Hisham juga dibanjiri kemarahan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Rata-rata mereka marah terhadap sikap kerajaan yang hanya bimbangkan kesan ekonomi berbanding situasi semasa kesihatan rakyat.

“Awal-awal lagi dah minta lockdown, tetapi kerajaan buat apa? Tak habis dengan alasan ekonomi ekonomi ekonomi. Bukannya minta lockdown sebulan, cuma dua atau tiga minggu saja,” tulis Maizatul Mohd Johan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

4 comments:

  1. Sejak malam RAYA Aidilfitri shj., hampir BERATUS2 dah MENINGGAL DUNIA akibat COVID-19 - maka Kem. Kesihatan, DEDAHkan segera MAJORITI bangsa yg. MENINGGAL DUNIA, kerana disyaki bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita diSASARkan oleh MUSUH2 Islam/Melayu, disyaki di Hospital2 SWASTA yg. diDOMINASI pekerja2 Asing (bawah Ordinan Darurat, Hospital2 Swasta ada dijadikan pusat merawat pesakit2 Covid-19) & diDISKRIMINASI dlm. pemberian VAKSIN2, serta DNA bangsa Melayu kita juga disyaki diSASARkan Varian2 terbaru Covid-19, yg. mana VIRUS Covid-19 ni disyaki dicipta oleh TENTERA2 Pengganas ZIONIS US/ISrael!

    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/rekod-kematian-tertinggj-sekali-lagi-hari-ini-seramai-225-individu-telah-terkorb/10157895175370952/

    ReplyDelete
    Replies
    1. BODOH betul Menteri Kewangan PARASIT rejim Bersatu NAZI ni!

      Rakyat nak INDUSTRI2 Perkilangan-Pembinaan gergasi KAYA RAYA tempatan & Asing yg. diDOMINASI berJUTA2 Pekerja2 ASING/PATI diTUTUP @ HUKUM dgn. amat BERAT kerana TAK nenyaring pekerja2 depa, bukan hanya diDENDA amat LAWAK sbnyk. ~$7,000 bawah Akta 446, oleh Kem. Sumber Manusia PARIAH tak guna tu, kerana INDUSTRI2 ini menjadi PENYEBAR2 UTAMA Covid-19 - tapi dia sibuk nak terus nak mempergunakan isu pengangguran RAKYAT utk. MENIPU Rakyat!!

      Di - https://ismaweb.net/2021/05/18/tidak-tutup-ekonomi-semasa-pkp-elak-peningkatan-pengangguran/

      Delete
  2. Tgk. ni - SEJUTA lagi VAKSIN dah sampai SENYAP2!!

    Rejim BERSATU Nazi PEMBUNUH/
    PEROMPAK - berikan segera pd. RAKYAT kita, terutamanya yg. WARGA EMAS, PESAKIT KRONIK & ada masalah kesihatan lain & yg. MISKIN (kerana tinggal berSESAK dlm. FLAT2/RUMAH2), terutamanya bangsa BUMIPUTERA kita!! Bukan ikut MO "Siapa cepat dia dpt" SEWEL!!

    Di - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/15/report-registrations-for-another-million-astrazeneca-vaccine-doses-to-open/1974350

    ReplyDelete
  3. Tgk. Program VAKSIN punya LEMBAP utk. RAKYAT bawah rejim DIKTATOR muhyiddin-NAMA PALSU/BERSATU Nazi PEMBUNUH/PEROMPAK - mungkin 6 TAHUN baru SELESAI Vaksinkan 75% RAKYAT - tapi boleh pula nak VAKSINkan segera & percuma pula tu, si WARGA2 ASING/PATI2!! BINATANG betul rejim BERSATU-si ULAR Iblis ni!!!

    Di -
    https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/05/19/mana-pm-mahiaddin-mana-khairy-mana-adham-baba/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-