Oleh Saiful Haizan Hasam
saiful.haizan@bh.com.my
- Ogos 28, 2021 @ 1:59pm

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR : Semua pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan pembentukan Kabinet baharu diingatkan supaya berpijak di bumi nyata dengan mengambil kira keadaan politik semasa.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata, walaupun jawatan Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil kira komposisi parti yang membentuk kerajaan.
"Dulu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dan Najib (Datuk Seri Najib Razak), UMNO boleh sebut sahaja siapa yang dia nak dan kita akan dapat tetapi sekarang berbeza.
"Saya nak ingatkan orang UMNO, jangan fikir kita dah kuat balik. Barisan Nasional (BN) cuma ada 42 kerusi dan untuk tubuh kerajaan kita kena berkawan dan ambil hati mereka," katanya kepada BH.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, Kabinet yang dibentuk semalam oleh Ismail Sabri adalah yang terbaik dengan mengambil kira landskap politik semasa.
"Yang penting, UMNO sudah dapat jawatan Perdana Menteri, kita nak apa lagi? Kita sama-sama UMNO nak bantai buat apa?
"Kita sokonglah Perdana Menteri dan kalau ada apa-apa yang rasa tak puas hati, biarlah orang lain komen, tak payahlah kita (daripada UMNO yang komen)," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.