Sunday, August 8, 2021

Zahid tak jawab saya tanya apa perancangan seterusnya: Ismail Sabri

agendadaily.com
8/8/2021

Pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab berhubung perancangan parti seterusnya selepas menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO itu berkata tiada hala tuju yang jelas ingin dibawa Zahid selepas kerajaan PN jatuh, malah perkara tersebut sudah dibangkitkan beliau semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi lalu tetapi tidak ada satu jawapan dan perancangan yang jelas.

“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO lalu saya tanya jika semua ahli Parlimen menarik diri apa perancangan seterusnya? Jika kerajaan tumbang apa untungnya kepada UMNO?” katanya memetik laporan portal Suara.TV hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, lebih mengelirukan apabila Zahid juga tidak berterus-terang apabila ditanya dengan pihak mana UMNO akan bekerjasama selepas kerajaan PN jatuh dan tidak membincangkan perkara tersebut semasa mesyuarat.

“Kita hanya ada dua pakatan lain yang besar iaitu PN dan Pakatan Harapan (PH). Jika hendak jadi kerajaan kita kena bergabung dengan salah satu. Kita tolak PH dan PN, jadi macam mana hendak membentuk kerajaan?”

“Jawapan Presiden…itu strategi..strategi tidak boleh bincang dalam mesyuarat,” katanya lagi.

Ismail Sabri pada Jumaat bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang media dan mengumumkan untuk terus menyokong kerajaan PN, ia pendirian berbeza dengan yang diputuskan oleh MT UMNO pada Selasa.

UMNO menerusi kenyataan pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan PN sekali gus menyaksikan keabsahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap kini terbatal.

Bagaimanapun, Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong berjanji akan membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat, September.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-