-September 29, 2021 10:58 AM

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahmad Maslan atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta dan memberi pernyataan palsu selepas membayar kompaun RM1.1 juta.
Ahli Parlimen Pontian itu didakwa gagal mengisytiharkan wang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika percakapannya dirakam.
Pada Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 23 hari bermula 7 hingga 9 Jun dan 13-15 Jun, 18-21 Julai dan 25-28 Julai serta 15-19 Ogos dan 22- 25 Ogos 2022 untuk perbicaraan bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.