sarawakvoice.com
By@news
September 29, 2021
KUALA LUMPUR: Umno bersedia melakukan pembaharuan termasuk memberi peluang kepada muka baharu untuk diletakkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini bagi menghadapi kedinamikan politik termasuk had umur mengundi yang bakal diturunkan pada usia 18 tahun.
“Itu adalah sesuatu yang wajib, nafas baharu, wajah baharu harus dikemukakan kerana kita tahu bahawa cita rasa pengundi telah bertukar apatah lagi jika pengundi 18 tahun akan pertama kalinya diizinkan untuk mengundi.
“Maka tentunya kita melihat tentunya satu perubahan yang harus diterima sebagai hakikat politik baharu.
“Kita harus menghormati cita rasa sudah di dalam pentas politik tanah air,” katanya pada program Wawancara Khas Bersama Presiden UMNO ‘Anda Musykil Kami Terjah’ di Facebook myTV Online malam tadi seperti dipetik portal Umno.
Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi ianya juga bagi memastikan parti tidak hanya statik kepada landasan asal malah melakukan perubahan bagi langkah matang untuk menarik minat pengundi muda.
Sementara itu, Ahmad Zahid juga menyifatkan sayap dalam Umno seperti Pergerakan Pemuda dan Puteri antara aset parti dan memiliki pemimpin yang berkebolehan untuk dibawa ke hadapan.
“Di sana terdapat ramai tokoh-tokoh muda yang potensinya harus digilap dengan diberikan peluang untuk bertanding.
“Di samping itu kita jangan lupa bahawa terdapat pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar malah golongan profesional yang selama ini berminat dengan politik tetapi tidak menonjol,” jelasnya.
“Maka perkiraan seperti ini kita harus lakukan untuk melihatkan pembaharuan melalui calon-calon baharu UMNO ini diambil kira untuk kita ketengahkan,” tambah beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - Mei 3, 2024 @ 2:31pm Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto f...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar & Cha Zhi Ting Diterbitkan: May 2, 2024 12:27 PM Bekas pengerusi badan perhubungan Umno negeri Selangor ...
-
hmetro.com Zaid Salim AHMAD (kanan) bercakap pada media selepas merasmikan Umno Cawangan Kampung Pak Wan. FOTO Ghazali Kori Marang: "...
-
agendaily.com 7/3/2022 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penduduk di DUN Tangkak,...
-
malaysiakini.com Diterbitkan 21 Apr 2021, 6:32 pm Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tin...
-
Bagi mengelak rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan ...
-
bebasnews.my By Hassan Mohd Noor -22/04/2024 SEPANG — Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Ku...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:33 PM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkat...
-
harakahdaily.com 22/10/2023 Sasar kuasai pula Perak atau Pahang atau keduanya SHAH ALAM: PAS kini bergerak ke arah menguasai medan politik b...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.