Tuesday, October 19, 2021

Belum ada keputusan muktamad berhubung kerjasama, kata Zahid pula

agendaily.com
19/10/2021

No way Bersatu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua-dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan-U apabila mengumumkan setakat ini masih tiada keputusan muktamad diputuskan berhubung sebarang bentuk kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kenyataan terbaharu Presiden UMNO itu menimbulkan kekeliruan walhal sebelum ini dengan penuh berkeyakinan menegaskan tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam PRN Melaka mahu pun pilihan raya umum, malah mengumumkan akan masuk bertanding secara solo.

“Bahawa keputusan muktamad untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan mana-mana pihak belum diputuskan,” katanya semasa sidang media sejurus perasmian jentera parti itu di Melaka hari ini.

Nada Zahid yang sebelum ini angkuh dan bongkak berubah sejurus turun ke Melaka dan melihat sendiri persediaan parti tersebut bagi menghadapi PRN Melaka.

Perikatan Nasional (PN) tidak mahu menunggu keputusan UMNO yang banyak berdolak-dalik dan tidak tetap pendirian berhubung kerjasama politik dan sudah menyelesaikan isu pembahagian kerusi dikalangan parti komponen gabungan itu.

Menjelaskan lanjut pemilihan calon yang akan terpilih pada PRN kali ini, Zahid berkata fokus akan tertumpu kepada calon yang boleh membawa kemenangan kepada parti tersebut dan ia akan dibincang dalam Majis Tertinggi BN sebelum pemilihan calon dimuktamadkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Melaka akan diadakan dengan penamaan calon akan dilakukan 8 November, manakala pengundian awal ditetapkan 16 November dan hari mengundi pada 20 November.

Kerajaan Melaka pimpinan UMNO dibawah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali jatuh selepas tindakan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada dua wakil UMNO, satu Bersatu dan satu Bebas menarik sokongan terhadapnya sehingga hilang majoriti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-